Pages

Tuesday, December 18, 2012

Anak Perempuan

Satu masa nanti.,..

Bila aku sudah ada anak, dan anak aku adalah anak dara, aku akan reformasikan pemikiran dia..Aku akan bebaskan dia dari belenggu cinta. Aku akan bebaskan dia dari terus bersandar pada lelaki entah siapa siapa sebelum tiba masanya...Aku akan keluarkan dia dari skrip drama melayu yang mengada ngada...Aku akan biarkan dia berdiri pada pasak jiwanya..

Aku tidak akan memaksa dia memilih siapa idolanya, sama ada aku atau Hazama.. Aku hanya mahu me-merdekakan dia dari tawanan dunia..

Supaya nanti bila aku mati, dia mampu mendoakanku...

Wednesday, October 3, 2012

Muar

     Walaupun saya bukan berasal dari muar namun memori saya padanya begitu mendalam.Satu pertiga usia remaja saya dihabiskan di muar,satu pertiga lagi di melaka dan selebihnya di alor setar.


        Alam remaja saya di muar tidak banyak beza dengan alam remaja Dr Sheikh Muzafar. Yang berbeza cuma saya tidak pernah mempunyai cita2 ke angkasa lepas. Bagi saya cita2 menjadi angkasawan adalah fake dan tidak ikhlas.Pada ketika itu saya lebih teruja dengan cita2 menjadi ahli sihir yang disegani. 


         Sehinggalah ketika saya ditawarkan untuk ke Universiti, cita2 saya terus kabur dan saya lebih menumpukan perhatian kepada aktiviti makan nasik.


Muar begitu indah untuk dikenang.

Semalam yang lebat telah meninggalkan saya.. ~muar blues~


Saturday, November 12, 2011

PEMALAS

Pada hemat gua,bukti penemuan perkara lagha seperti  fesbuk dan twitter sudah cukup power untuk menyatakan  dimana yahudi mahukan  umat melayu menjadi pemalas, lagha, kuat makan dan suka  mengorat..

Tahap pemalas boleh dibahagikan kepada 5..
Malas duniawi,
Malas ukhrawi,
Malas nak makan  nasik ,
Malas nak main2...
.
.
Malas nak mampos...

P/s..kategori last tu memang cilake...

Wednesday, May 18, 2011

Klasik 16 Mei

Dari kiri : sapik,gua,haziq,cikgu mohamad,penyu,samir

Itu jam scene ambik gambar memang tengah menaik. Stail posing power power yang ada sekarang ni semua lahir masa tu. Posing mulut muncung sambil tangan tunjuk peace memang haram jadah zaman bila punya gaya. Gua masa ni layan posing angkat jari tengah.Tapi untuk kategori gambar dalam kawasan sekolah punya stail sangat berbisa. Sorang sorang muka serupa tahan berak.


Atas meja depan gua ada bekas pensil penyu. Sebenarnya bekas pensil tu adalah hasil inovasi beliau yang menggunakan sampul seluar dalam menjadi bekas pensil. .Penyu memang super duper bangang dalam sektor bergurau.



p/s: zaman ni kalau snap gambar bunyi berderap sampai gua pula yang jadi gementar nak tengok gambar sendiri...hehehe.

Tuesday, May 17, 2011

Cerita Lebat

Kalau ikut sistem kalendar masihi, masuk hari ni dah dekat setengah tahun gua tak menulis di ceritalebat.

..

bangang.!

Monday, February 28, 2011

MEMBER

Member gua secara ringkas terbahagi dua..Member real dengan tak real..Member real am nya gua tafsirkan seperti member sekolah,member makan nasik,member main bola,member main tegur dan member main main.


Manakala member tak real adalah member blogger,member fesbuk,member friendster serta member akhirat.campur dua dua jenis ada dekat seribu lebih jugak member gua.


Daripada seribu lebih,member yang betul betul "vintage" ada dalam seratus orang.Separuh masih belajar,yang lain jadi kerani sekolah,pengawal keselamatan,pembunuh upahan,stokis HAI-O,dan macam macam lagi.


Yang perempuan pulak kerja dekat klinik,kerja cashier,kerja belek muka dan tak kurang jugak kerja duduk rumah.Tidak ketinggalan kerja main fesbuk.masing masing dengan pendapatan yang tak menentu dan masih lagi "hesistate" dalam mencari haluan hidup.


Yang gua nak cerita sebenarnya,daripada seribu member member,hanya seorang bisnesman berjaya.Nama beliau nyaris nyaris menyelit dalam segmen bisnes.Bakal memiliki BMx tak berapa hari lagi.Beliau juga mampu membeli negara alaska pada bila bila masa.Selain itu belia pernah menyuarakan hasrat membida kelab ternama di indonesia,balikpapan FC.


memperkenalkan..








FAQIH TAHIR..
taukeh jeli kelapa..

Nilah member gua yang paling true dan stail.

Tuesday, February 15, 2011

MLM

Dunia marketing ni bukan benda yang boleh bawak bergurau..multilevel marketing,skim piramid,smart success sistem,adalah jenis2 sistem yang melingkupkan hubungan sosial
dikalangan masyarakat fesbuk sekarang...Gua hidup dengan duit dah lama,bukan sehari dua.Gua kenal duit dulu sebelum kenal basikal dan pasukan manchester united..Selain makan nasik duit sangat penting dalam hidup seorang perajurit muda semacam gua.


Akhir akhir ni dah banyak barang jadi mangsa MLM.Dari alat penapis air sampai ke ubat kurus dah diMLMkan..Hidup di dunia sudah jadi tak true,fake dan kurang cabaran. Gua gusar nanti kalau gua sampai kena bawak 4 orang member hanya untuk membeli sepinggan nasik lauk pilih makan tengah hari..Bila pinggan nasik gua terancam masa tu gua akan bertindak..lu orang tunggu!!,jangan pi mana mana..

Thursday, January 6, 2011

TRADISI AZAM TAHUN BARU

1996
Selaras dengan usia gua yang masih hijau, gua berazam nak kurangkan main parit,kurangkan tangkap berudu,supaya tahun berikutnya gua dapat fokus kepada aktiviti kerohanian seperti mengaji muqaddam dan iqra

1999
Gua berharap gua dah tak turun kelas pintar setelah 2 kali gua dapat nombor dekat dekat last dalam kelas..Perkara perkara seperti main kejar kejar dan main rebut tiang perlu gua stop bagi memberi laluan kepada matapelajaran sains serta kaedah membuat jeruk.

2001
Dah masuk darjah 5 ni gua slow2 nak berenti bawak bekal nasik ke sekolah,tekak gua sekali sekala nak merasa hotdog kantin dengan air sirap pulak..Baru la nampak gaya budak sekolah rendah yang KBKK serta indiependent.

2002
Gua nak hafal doa qunut dan ayat kursi dengan lebih fluent dah berazam tak mau tinggal semayang subuh.

2004
Harapan gua duit belanja sekolah meningkat kepada 70 % sekali dengan subsidi belanja kelas tambahan sebab gua dah masuk sekolah menengah..Aspek kewangan gua perlu lebih diberi perhatian bagi memberi ruang untuk gua petik henset yang lebih polyfonik serta ada kaler.

2007
Gua berdoa semoga result SPM tak buat celaka dengan gua.

2011
Harapan gua tahun ni.....gua ingat dah kena start angkat peti ais pagi pagi sebab tahun ni gua punya azam....


**

**


**Amacam?..perkara macam ni memang susah nak develop tapi ini baru azam yang betul betul daring..

Thursday, December 23, 2010

Trilogi Kampung Gua-Siri Member Member.

Segala rakan taulan yang gua tinggalkan lapan tahun lalu haram tak dengar cerita..Gua kembali ke alor setar..Bermacam macam pattern membe lama gua jumpa.

Member-member yang dulu kurus sekarang dah gemuk,yang gemuk sekarang dah mati,yang dulu selalu buli gua sekarang dah jadi maknyah,yang dulu bangang sekarang bawak BMW,yang dulu dapat no 1 dlm kelas sekarang alhamdulillah sekarang dah mula kerja kilang,yang dulu pemalu sekarang menikah dulu,yang dulu malas mengaji sekarang dah jadi mufti,yang dulu tak boleh pakai sekarang dah mengaji luar negeri.

duniawi ni peraturan dia mudah,kalau lu lembik dengan ujian hidup lu nanti tak bertujuan..

ni safwan,dulu biasa biasa tapi sekarang dah luar biasa ataupun ultra biasa


p/s: persamaan semua membe gua adalah mempunyai fesbuk.

Monday, December 13, 2010

Gua tak boleh nak berenti ambik benda ni..

semenjak sepupu intro kat gua dulu
siang malam gua dah mula tak konsisten,
lifestyle gua sebagai belia sekarang
dah tak berapa belia.
member2 gua start pulaukan gua kerana anggap gua "destroying record".

ah!~gua pedulik hapa.

hidung gua berair deras,
mata gua merah lampu isyarat,
jantung gua dup dap dup dap.

mak bapak gua pulak jenis tak peduli sangat dengan addiction gua,
fashion kolumpo la orang kata,
panggil kenduri pun pakai facebook,
manusia zaman sekarang pattern duniawi paling kemas,
mana hilang hadhari...

ahh!!~ gua tak ada masa nak bagi tazkirah.
gian gua dah datang...tak tahan betul,...


sepupu gua memang puaka,dia senang dapat barang..
sebab dia duduk dekat kampung,tapi gua payah dapat..
dealer macam tak berani..

kalau ada pun harga macam celaka..
semalam gua tarik overdose,
hari ni badan gua panas macam seterika..

*

dia dah mai dah...menggeletar kalau dapat ni.

*

*

*

*
sikit punya susah cari port nak bantai durian,
kentut jenis ni yang bau memang tak boleh nak runding
..


Friday, December 10, 2010

Menabung Kepala Orang.

Dalam pukul 3 tadi mak gua ada bagi gua job..Job biasa biasa tak ada la berat sangat sampai melibatkan percintaan..Yang tak berapa adventure job gua kali ni tak boleh makan komisen..Kalau makan jugak memang makan penendang..Mak gua kali ni tak berapa nak mesra pengundi..


Selesai dressap mak terus passing buku tabung haji beserta duit dekat gua..Gua angguk tanda termeterai sambil memacak rambut...Jurusan ekonomi ni mak cukup cekap.Bukan main legend..Buku lejar saja ada tiga belas buah..Itu belum campur kalkulator saintifik lagi.

***********************************************************************************

Sampai tabung haji gua ambik no then settle cara baik dengan brader kaunter..Gua one by one dengan tenang dan akhirnya siap segala hal tertunggak..Habis kerja terus gua blah..Perabis masa ni bukan hobi gua..Tu hobi pemancing laut dalam.


Molek gua bukak pintu keluar bank datang sorang makwe muslimah sergah gua..Air muka beliau jernih,penuh keihlasan dan tiada dendam..


"Abang aji,derma la sikit utk buat sekolah agama ni abang aji..kerja amal ni bang aji.."-rengek beliau pada gua..

gua menangis shahdu..

P/S: Pertama kali dalam hidup gua selaku belia tegar dilabel abang aji.gua rasa dressing gua dah cukup ngeri..Tapi mungkin dah sampai seru untuk gua naik haji..Doakan abang aji ye..

Thursday, December 9, 2010

BEZA PERANGAI INDON DENGAN MALAYSIA

PERANGAI MAT INDON

  1. tak ada kerja lari masuk malaysia,
  2. tak ada duit rompak brader malaysia,
  3. melawan sikit parang polis malaysia..
  4. nak menikah bawak lari makwe malaysia..
  5. pantang kena marah santau majikan malaysia..
  6. menari punya hal ganyang orang malaysia,
  7. main bola katok team malaysia..bangang


PERANGAI ORANG MALAYSIA

  1. melenggak depan sinetron,
  2. layan lagu radja,
  3. download video lunamaya,...bangang..

sekian...

Monday, December 6, 2010

Ejek Nama Bapak

Sekitar tahun 90 an,fashion ejek nama bapak betul2 trendy..Kalau kena gaya dan nada boleh menangis member..Dalam kelas gua tak ramai yang profesional dalam main ejek nama bapak..Darjah 5 cerdas masih ketandusan pelapis dalam arena ejek nama bapak,yang tinggal hanya gua dan beberapa ekor member..


*************************************************************

November 2001

Selesai hantar borang skim pinjaman buku teks, gua kembali ke tempat duduk..Dari meja gua kelihatan cikgu rosnah tengah sibuk kira borang..Sibuk yang betul betul punya sibuk..Memang makan penampar kalau buat hal waktu klimaks cikgu rosnah.

*

"hamid osman"!!..kahkahkah..
"hamid gurkha"...kahkahkah..
"osman ikan toman"kahkahkah..


Celaka!!sapa pulak berani petik nama bapak gua pagi pagi ni..Siap nama datuk gua dia tarik,puaka betul!!..


Gua angkat kepala cari dari mana datang suara durjana..-pehhhhh.....haram jadah hang min....-gua start plucking nama bapak...


!mad hassan,hassan altromen..!

dia counter attack gua dengan nama atuk..

celaka!!!!!!!!!!!!!!!!-gua belum diskaver nama atuk dia..takpa lu tunggu...


****************************************************************************

waktu rehat pagi tu gua tak turun kantin,gua dah atur strategi..gua selinap masuk bilik guru,sambil buat muka pelajar cemerlang gua selongkar meja cikgu rosnah..borang buku teks gua selak dengan agressif sampai renyuk..


yes dapat!
gua macam selalu,perkara jahat mana pernah gua tak dapat..

gua teliti sampai berkerut dahi..

mohd syamin bin hassan,hassan bin.....kahkahkahkah!!.

gua kaver gelak bagai nak barai..

***********************************************************************************

Lepas waktu rehat adalah kelas matematik.belajar pecahan dengan belajar tengok jam ni kerja budak hingusan,boleh belajar sendiri kat rumah..Gua ada job yang lebih "exclusive"..Usai kelas matematik gua tak ingat kelas apa,tapi cikgu tak ada..Gua tarik napas..Gua kontrol pitching,volume gua kasi naik...

*

""Woi....anak mad hassan,hassan bin cik bulat..kahkahkahkah..bulat bin segitiga,bulat bin sfera kahkahkahkah....!!!""


P/S: esoknya kelas matematik gua belajar pasal geometri,gua lebih aktif dan intensif menggunakan perkataan "bulat"...Dan macam biasa gua gelak sampai terbarai...kahkahkah..

Saturday, December 4, 2010

Bersembang Dengan Brader Bangang.

Hujan turun bukan main lebat,gua basah secara lengkap..Sekali imbas gua macam budak tengah kencing dalam seluar..Kolaborasi pulak dengan muka gua yang lencun dan tak berperasaan maka ramai brader lalu lalang ambik mudah kewujudan gua..


Dalam hati lain cerita.Jiwa gua dengan lancar dan fasih memaki stesen bas skudai yang tak pernah ada bumbung sejak zaman firaun lagi.Nasib baik hujan biasa yang turun,kalau hujan batu tak ke bocor kepala gua...


Sambil berzikir gua tunggu bas dengan penuh akhlak..

Setengah jam berlalu..gua still steady..

Sejam......

Dua jam....bas masih tak sampai sampai..


Gampang!..lambat macam ni sapa boleh tahan,lisa surihani pun mengamuk.Gua stendby kutip batu nak baling dekat drebar bila dia sampai nanti...Bab masa ni jangan bawak bergurau dengan gua.

***********************************************************************************

"assalamualaikum!"
sergah sorang brader kopiah sambil tersengih sengih kat gua..

gua jawab salam macam biasa...ahh pekida mana pulak ni..bisik hati gua..

gua..=>.".err.lu nak balik mana ni?"

brader kopiah=>.."ana nak balik melaka..anta?"

ahh main ana anta pulak..gua tenang dalam kucar kacir...pelan pelan gua susun ayat..


gua=>.."ana nak balik muar saja..anta budak UTM ke?"

brader kopiah.=>.."aah..ana belajar mekanikal..anta?"

gua=>"ana belajar civil eng..."

brader=>"civil ni orang kata dia mudah n kacang sikit dari mekanikal kan anta?"


gua diam tanda malas nak layan orang bongkak nak mampos...


*********************************************************************************

tiba tiba brader kopiah bersuara lagi..



"err anta,betul ke civil engineering ramai awek cun?hehehe..."..


batu yang gua kutip tadi secara spontan gua tuju kat kepala hotak dia...mungkin cara berkenaan lebih "tarbiyah" kepada beliau..kahkahkah..



p/s:sebenarnya gua tak baling pun batu kat dia,cari mampos apa...

Friday, December 3, 2010

Pendedahan Underground Isteri Ahli Koprat..


Naib canselor gua punya zuhud jangan nak buat main..Toyota dengan honda selamba beliau tolak tepi..Elaun drebar pun kita kira kemudian..tapi datuk,eksersais eksersais jugak,ni sampai bukak bisnes basikal sapa nak jawab?...kahkahkah..