Pages

Tuesday, December 18, 2012

Anak Perempuan

Satu masa nanti.,..

Bila aku sudah ada anak, dan anak aku adalah anak dara, aku akan reformasikan pemikiran dia..Aku akan bebaskan dia dari belenggu cinta. Aku akan bebaskan dia dari terus bersandar pada lelaki entah siapa siapa sebelum tiba masanya...Aku akan keluarkan dia dari skrip drama melayu yang mengada ngada...Aku akan biarkan dia berdiri pada pasak jiwanya..

Aku tidak akan memaksa dia memilih siapa idolanya, sama ada aku atau Hazama.. Aku hanya mahu me-merdekakan dia dari tawanan dunia..

Supaya nanti bila aku mati, dia mampu mendoakanku...