Pages

Monday, August 23, 2010

Nostalgia Lebaran


"Lebaran terasa kesayuan
Lebaran takbir bersahutan
Lebaran memuji keagungan
Bergema suara syukuri nikmat Tuhan"



Masa gua darjah dua dulu ada jugak gua main kirim kad raya.Kakak gua beli sedozen kad raya dekat sekolah balik buat bisnes dengan adik beradik.,


Gua angkat sampai tiga keping padahal nak hantar dekat sapa pun gua tak tahu.Gua pilih tiga tiga keping gambar meriam,tak ada satu pun gambar masid.Zaman tu gua mana la konsisten lagi dalam bab bab kerohanian ni.


Selesai urusan jual beli gua terasa macam nak maki diri sendiri pun ada.


Gua ni tulis nama sendiri pun suruh ibu, macam mana nak tulis kad raya..Tindakan gua beli kad raya tadi memang bangang.Kalau suruh orang lain tulis tak nampak asli pulak..Nak jadi hero punya pasal terpaksa la gua buat sendiri..


Gua koyak buku garis satu mukasurat tengah,gua bawak pensil berkepala pemadam,gua suruh kak husna buat "draft",nanti gua nak salin balik..Gua pesan dekat dia tulis yang bernas bernas,jangan merapu,jangan mencarut, dan jangan panjang sangat,gua nak hantar dekat orang tua tua..


Gua salin alamat dekat surat jemputan mesyuarat PIBG ,gua jumpa dalam beg sekolah,

*

*


"Encik Fadzalih Mahmud,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Korok,
Jalan Pegawai,05050,Al0r Setar,Kedah Darul Aman.

Assalamualaikum

Selamat hari raya

pecah kaca pecah gelas,
lepas baca harap balas."

Bila ingat balik,gua rasa macam nak terjun bangunan saja.Malu gila.sanggup gua jual pantun celaka macam tu dekat dia tanpa sebarang rasa bersalah.Gua sendiri tak tahu apa perasaan seorang cikgu tua dapat kad raya gambar meriam buluh dengan pantun haram macam tu.Kalau gua dekat tempat dia gua akan bersara.

p/s: TAHUN TU GURU BESAR GUA TAK BALAS PUN KAD RAYA GUA.LAGI DUA KAD RAYA GUA BAGI IBU DEKAT DAPUR DAN LAGI SATU GUA SIMPAN SEBAB GAMBAR DIA STAIL..LEPAS TU GUA DAH TAK PERNAH HANTAR KAD RAYA KAT SAPA SAPA LAGI SAMPAI LA TAHUN LEPAS GUA ADA BAGI DEKAT CIK DAISY SEKEPING.





gambar gua balik raya tahun lepas.

Saturday, August 21, 2010

Kisah Benar :Hubungan Terlarang Datuk dan Cucu Akhirnya Terbongkar.



RAMADHAN TAHUN 2055

Aiman->atuk dulu masa muda muda buat apa malam malam ramadhan camni.

Gua->facebook

Aiman->kalau time time sepertiga malam pulak?

Gua->belog

Aiman->sepuluh malam terakhir?

Gua->facebook dengan belog

Aiman->biar betul atuk ni?

Gua->eh eh budak ni.








P/s; sebenarnya gua pun tak tahu nak bubuh gambar apa untuk entry nih..

Thursday, August 19, 2010

ANTARA GUA DAN BANGLA

Semalam

Usai saja gua basuh muka,tak semena mena terbit niat nak study..Entah sejak bila kepala gua ada function study gua pun tak tau..


Gua sengih sorang sorang sambil cuba ingat balik pesan bulat dekat gua dulu,"niat yang baik jangan nak peram lama lama"..Sekarang bulat dah maju dari gua,sampai gua pun tak tau dia dekat mana.Last gua dengar,cerita dia ada niat nak ambik lesen lori trela.bulat bulat..Ah gua bukan nak cerita pasal bulat.


Sebelum gua bukak buku baik gua bukak facebook dulu kan?Nak belajar ni orang kata tak perlu tergesa gesa..Baru nampak cool...Facebook ni pun kira buku jugak apa.

**


**

Sambil menguap pelan pelan gua log masuk facebook..


sssaaapppp...
chatbox gua tiba tiba bergetar bagai nak barai..




nampak gaya macam ada bangla cuba ajak gua lawan pantun.

*

dengan nada yang lebih terkawal gua terus terang yang gua tak kenal dia.




dia ayat gua ajak main teka teki pulak



bangla ni mula gelabah bila gua start petik nama diva.





gua tinggalkan dia sorang sorang dengan dunia dia
selamat malam sayang..








Tuesday, August 17, 2010

23 Hari Menuju Aidilfitri



Petang tadi gua ada kelas dalam pukul dua.gua punya malas nak pergi kelas memang dah tak boleh nak bawak berunding. Level malas gua kalau dapat tau dekat ustaz sekolah menengah memang dah lama gua kena terajang.


**

**

Seperti biasa Gua ,Pol dengan Paob adalah orang terakhir masuk kelas hari ni,kalau kami cepat dari orang lain itu sudah dikira melawan takdir. Pendek kata kalau kami masuk cepat sikit lecturer pun jadi down nak mengajar,budak-budak lain dalam kelas semua buat muka nak cari gaduh.



Oleh yang demikian gua ambik inisiatif untuk datang lambat secara konsisten.Takda la lambat sangat,sejam setengah jam saja pun. Season ni saja dah tiga puluh tiga kelas gua masuk lambat,itu belum campur yang kena halau dengan lecturer lagi.Kalau semangat tak cekang memang kami haram tak mengaji apa.


Seat paling belakang memang kami dah chup awal-awal. Sapa yang cuba cuba duduk belakang terus gua dengan paob ajak lawan makan nasik.


Ok paling depan sekali konfem la lecturer takkan gua pulak,kelas gua hari ni dua jam,lecturer gua nama manja dia tok janggut.laki-umur dalam 50-an.pakai songkok kaler hitam.

2 jam kelas hari ni gua belajar hanya satu benda;

*

-lecturer gua suka tunjuk gambar sendiri dalam laptop-.

lepas tu dia suruh kelas teka,mana satu makwe lama dia,mana satu bini dia,mana satu dia.


gua petik beberapa title gambar dia.


gambar rambut saya pendek

gambar saya boroi

gambar saya dengan makwe sekolah rendah

gambar saya dengan makwe kawan sekolah rendah saya

gambar saya dengan pakwe kawan saya

gambar saya sorang sorang

gambar saya makan rambutan..


ah nak tulis sampai subuh pun tak habis


p/s; hari ni dah seminggu gua puasa maknanya lagi 23 hari gua dah boleh raya.

Monday, August 16, 2010

BUAT MERIAM BULUH SEMUDAH ABC..(tutorial)


gua menerbitkan entri ini atas dasar memajukan sistem pertahanan orang kita.

Masa era 90-an dulu perangai tak senonoh gua tak payah cerita la..Zaman kegelapan orang kata,tak ada lagi islam hadhari,tak ada lagi satu malaysia..Renaissance habis. Langsung tak ada pedoman.


Budak-budak tak pakai seluar lari merata rata.Anak muda tak habis habis bawak lari anak dara orang,makcik-makcik pulak kerja tengok cerita mexico tengah-tengah hari.Pendek kata dalam zaman kegelapan semua tak jadi kerja.


Selaras dengan kepintaran gua, pelbagai senjata moden telah gua "intro"kan bagi mengeluarkan kampung gua dari belengu kegelapan.Antara secret weapon kampung gua yang paling "pergi" adalah meriam buluh.


Kepakaran buat meriam buluh ni bukan semua orang ada,kalau suruh natasha hudson buat pun haram tak berbunyi.Kalaupun budak-budak enjineer yang buat belum tentu boleh fight dengan gua punya meriam.Benda meriam ni banyak pantang larang dia ataupun budak budak makmal panggil precautionary.


Buluh
Perkara yang paling gua "press" kat sini adalah pemilihan buluh.Buluh yang akan gua pakai bukan dari jenis buluh rebung atau buluh putu buluh mahupun putu piring. Buluh hutan jenis muda trang tang tang ataupun tua bangka juga tak berapa juara untuk digunakan.


Seeloknya pilih buluh yang sedang sedang saja.buluh tu gua nak pesan rendam dalam sungai dulu dalam sehari supaya lebih liat dan payah nak pecah. Futhermore,lakukan basement dengan memampatkan tanah liat di hulu buluh untuk hasil yang padu.
Precaution:lilit buluh dengan tiub basikal ataupun tali sampai ke pangkal bagi
mengelakkan buluh pecah dan terkena ke buah sendiri,.



Karbaid
Menatang ni takkan gua nak ajar pulak,gua pun tak tau apa nama saintifik dia tapi orang kampung gua guna nak peram buah pelam..Seingat gua dekat plastik dia ada gambar teko warna merah.Untuk setiap letusan yang kemas gua cadangkan bubuh dalam segenggam tangan budak darjah 2.
Precaution:kalau tangan basah tak payah nak gedik ramas karbaid.boleh putus nafas.



Air
Water,H2O,ataupun ataupun R.O water..sukatan dia mengikut kadar karbaid yang lu bubuh.Agak-agak gas hidrogen yang terbebas memerlukan 2 mol air,maka masukkan dua gelas,satu dalam buluh satu dalam perut.mudah kan kalkulesyen dia..
Precaution:jangan buat tektik bodoh pergi tuang air soya bandung untuk bunyi yang lebih maju.


Gua lupa nak bagitawu,jangan jadi bangang pergi cucuh meriam dari depan.Nanti muka lu jadi tak hensem satu hal,gua pulak kena tangkap ISA satu hal.Memang gua luku kepala sorang sorang.


Precaution:ni bukan indoor game,pergi main dekat tengah padang la woi..

Tuesday, August 10, 2010

SALAM PERANTAUAN





Salam perantauan dari kami pelajar tahun akhir Jurusan Perubatan Tadika Kemas of Kyoto,Jepun. Maaf zahir dan batin buat yang mengenali dari kami insan yang haram tak tahu apabenda.



Berdiri dua dari kiri,Mohd Kordi(kuala selinsing)
-Gua sebenarnya nampak saja kanak kanak riang walhal dalam poket gua sebelah kanan ada winston light. Ada dalam tiga batang lagi.sahur tadi gua pekena sebatang lepas berak. Dah masuk tadika ni line tak berapa terang la nak cucuh rokok.selamat hari raya ok(sambil buat muka cool)



Duduk paling kiri,Mohd Faqih(rantau panjang).
-Ramadan tahun ni gua puasa sekerat hari saja,kalau hari minggu gua off. Gua memang celaka. Kalau tak kena tendang dengan ustazah,gua akan kena tarbiyah dari makwe muslimah(berdiri satu dari kanan,yang pakai mulut merah tu)..ucapan gua-puasa biar selamba..



Duduk paling tengah,Ani Mayunis(johor baru).
-Dari riak wajah gua ni mesti lu ingat gua puasa kan?Padahal gua dah sebulan datang bulan.Jahanam kan perangai gua menipu.Tapi tak apa,sekurang kurangnya gua dah cuba yang terbaik time berbuka kan?..kira ok la tu...slogan gua-biar orang tak tahu kita tak puasa,asalkan kita memang tak puasa.



Berdiri paling kanan,makwe muslimah;siti rogayah(yan,kedah)
-Assalamualaikum semua..sihat semua? Selamat berpuasa ya..Sebenarnya gua pun tak puasa jugak. Lu gila ka apa,gua baru 5 tahun,mengeja kereta pun kucar kacir lagi.Inikan puasa. Tema gua-biar tak puasa asalkan nampak macam puasa.(masih dengan muka tak bersalah)


*


*

p/s;selamat berpuasa dari gua sekeluarga.

Sunday, August 8, 2010

EMPAT ORANG MELAYU PALING DIGERUNI SEPANJANG ZAMAN

Ni dia syed masahor..dia punya panglima level ultimate..penjajah mana yang suka buat gampang gerenti dapat pelempang dari beliau.

rosli dhobi..orangnya looking cool..dalam buku sejarah tingkatan 5 beliau ada posing.Beliau merupakan pejuang sejati yang tak ambik port hal makwe makwe.



ni mesti lu orang semua ingat mahmud june kan??bukan bukan...ni Sultan Kadir Kamarudn raja Fatani.. tengok misai saja dah boleh longlai kepala lutut kan?..fenomena taruh misai memang tengah "hi" masa ni..

**

**

**

gua-panglima alam semesta masakini..kebolehan gua boleh makan nasik 4 jenis lauk tanpa banyak bunyi..kalau ajak lawan luku kepala pun gua boleh pergi..gua jugak jenis rakyat berstamina tinggi..



p/s=selamat menyambut bulan kemerdekaan.

Wednesday, August 4, 2010

DIARI RAMADAN FALIK FITRI


memori gua dan falik fitri tak kan pernah terpadam sejak dari gua darjah tiga sampai bila bila.

NOVEMBER 1999

Falik fitri dan gua baru darjah tiga,
gua sekolah sungai korok dia sekolah seberang perak,
gua kelas tiga cerdas dia kelas 3 kenanga,
pastinya gua lagi solid dari dia,


Falik fitri petang petang meniaga kuih dengan air sirap depan shell. Dekat nak maghrib baru dia balik. Kesian pulak gua tengok.sambil kayuh basikal sambil makan kuih sendiri,memang sangat sangat "bersamamu". Bulan puasa pulak mak dia berenti buat kuih,gua rasa mungkin mak dia nak fokus pada terawih.

MALAM SATU RAMADAN

Sementara tunggu bilal tarik hi-not ajak semayang tarawih gua dengan falik fitri duduk bersandar dulu dekat tiang masjid. Pom pang pom pang kami ceritalebat. Gua selesa benar berforum dengan dia. Macam macam silibus kami teroka..dari topik telur masin sampai ke topik kad raya..Dari hal rumah tangga sampai ke tazkirah remaja gua bukak..Gua dan falik fitri gelak sampai terbit air mata.tiba tiba falik fitri sound gua,

"fizi,nanti kan aku rasa pak hang mesti masuk syurga,selalu mai masjid
,bukan macam pak aku,kerja tengok gusti saja.."

Gua balas tenang-"hang tak bulih cakap lagu tu,pak aku pun tengok gusti jugak..lagi satu pak hang baik,orang baik masuk syurga"-.gua jawab tanpa mengeluarkan dalil..budak darjah tiga macam gua memang dikira bawah kawalan jika masih tak reti baca jawi.

**

**

**

**

Gua dan falik fitri bangun beserta sedikit warm-up sebelum masuk ke saf budak-budak belum bersunat..Gua berdiri tegak gaya imam besar,sebelah gua syed. Sebelah kiri syed, faliq. Syed budak sekolah faliq jugak tapi tak masuk dengan kepala gua..Jenis kalau berbual saya-awak..apekejadah.

Rakaat pertama gua sempurna dengan segala rukun beserta tertib,masuk rakaat kedua..

Syaitan damien
menyelinap bawah lebai gua..


*


*

*

sambil semayang

gua pijak kaki syed..

syed pijak kaki gua balik..

gua pijak kaki syed lagi

falik pijak kaki syed

gua lock movement syed




dush!!!

syed tumbuk gua...-syed lari

adeiiii!!...

Gua dengan faliq fitri ligan syed..Syed lari laju macam haram..Gua dengan faliq fitri terus putar speed lima..Sampai depan pintu masjid syed hilang...


Ok,kita berpecah.-gua cakap macam dalam drama melayu..


Gua lari belakang stor masjid cari syed,.Habis berselerak besen masjid gua geledah. Tiba tiba muncul Pak Sahak belakang gua..Pak Sahak ni tok siak masjid,urusan masjid semua dia hendel..


HOI!!!!-jerkah pak sahak..


gua pucat,mulut terkatup.


zzzuuuuuppppp..kali ni gua dah terlupa nak kejar syed sebab pak sahak tengah kejar gua..dalam kes ni pak sahak lebih diberi authority berbanding syed..Gua lari ikut jalan belakang hala ke kubur.Jalan gelap tapi bagi kanak kanak mata terang macam gua apalah sangat..gua pecut tinggal pak sahak 2 tiang letrik.

tiba tiba..


**


**

POOOMMWMMMM!!!


Gua nampak Pak Sahak terduduk sambil tutup muka.Kondisi Pak Sahak mungkin kritikal tapi memandangkan situasi yang gua hadapi lebih klimaks,terus gua balik rumah makan nasik..



Habis saja tarawikh,gua pasang niat puasa dalam bahasa melayu macam yang mak ajar. Settle 3 pinggan nasik gua tapau,bapak gua tapau gua..Getah paip dihayun tepat ke tengah belakang gua.

**
sssaaapppppppp

**
ssssaaaapppppp

**
sssssaaaaaappp

..Biasa sangat!!!Hang tau dak pak sahak langgar signboard kubur ligan hampa..



ayat-ayat falik fitri terngiang-ngiang di telinga gua..ayah hang mesti masuk syurga.

-ah!hero kena cool,tak boleh nangis..getus gua dengan mata merah berair-air.



"Sahabat adalah orang yang pasti akan meninggalkan lu orang suatu
hari nanti dengan kenangan-gua"..