Pages

Monday, August 23, 2010

Nostalgia Lebaran


"Lebaran terasa kesayuan
Lebaran takbir bersahutan
Lebaran memuji keagungan
Bergema suara syukuri nikmat Tuhan"



Masa gua darjah dua dulu ada jugak gua main kirim kad raya.Kakak gua beli sedozen kad raya dekat sekolah balik buat bisnes dengan adik beradik.,


Gua angkat sampai tiga keping padahal nak hantar dekat sapa pun gua tak tahu.Gua pilih tiga tiga keping gambar meriam,tak ada satu pun gambar masid.Zaman tu gua mana la konsisten lagi dalam bab bab kerohanian ni.


Selesai urusan jual beli gua terasa macam nak maki diri sendiri pun ada.


Gua ni tulis nama sendiri pun suruh ibu, macam mana nak tulis kad raya..Tindakan gua beli kad raya tadi memang bangang.Kalau suruh orang lain tulis tak nampak asli pulak..Nak jadi hero punya pasal terpaksa la gua buat sendiri..


Gua koyak buku garis satu mukasurat tengah,gua bawak pensil berkepala pemadam,gua suruh kak husna buat "draft",nanti gua nak salin balik..Gua pesan dekat dia tulis yang bernas bernas,jangan merapu,jangan mencarut, dan jangan panjang sangat,gua nak hantar dekat orang tua tua..


Gua salin alamat dekat surat jemputan mesyuarat PIBG ,gua jumpa dalam beg sekolah,

*

*


"Encik Fadzalih Mahmud,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Korok,
Jalan Pegawai,05050,Al0r Setar,Kedah Darul Aman.

Assalamualaikum

Selamat hari raya

pecah kaca pecah gelas,
lepas baca harap balas."

Bila ingat balik,gua rasa macam nak terjun bangunan saja.Malu gila.sanggup gua jual pantun celaka macam tu dekat dia tanpa sebarang rasa bersalah.Gua sendiri tak tahu apa perasaan seorang cikgu tua dapat kad raya gambar meriam buluh dengan pantun haram macam tu.Kalau gua dekat tempat dia gua akan bersara.

p/s: TAHUN TU GURU BESAR GUA TAK BALAS PUN KAD RAYA GUA.LAGI DUA KAD RAYA GUA BAGI IBU DEKAT DAPUR DAN LAGI SATU GUA SIMPAN SEBAB GAMBAR DIA STAIL..LEPAS TU GUA DAH TAK PERNAH HANTAR KAD RAYA KAT SAPA SAPA LAGI SAMPAI LA TAHUN LEPAS GUA ADA BAGI DEKAT CIK DAISY SEKEPING.





gambar gua balik raya tahun lepas.

11 comments:

aleen adela akoo ^_* said...

cis!sungguh menjimatkan anta kad raya kpd ibu d dapor.xpayah setem2!wiii

klo wa jadik guru besar 2,wa arahkan lu dgantung skolah mandatori.wiii

CERITA LEBAT said...

kahkah..guru besar tu sayang gua.

Linglung said...

hahahahahaha...pantun tu ayat dia mmg puaka utk seorang guru yg dah tua..gua rasa beliau tak ada idea nak bls pantun sehebat tu..keh keh keh

CERITA LEBAT said...

linglung..hahaha..

hentakbelipat said...

hahaha...gua ingat guru besar tu ada gantung dekat bawah suiz kipas umah dia

CERITA LEBAT said...

hentak belipat...haha..gua pun rasa macam tu jugak..haha

Cipa said...

i tak nak bagi ke?

nak jugak nak jugak

•myraSHJ• said...

nasib ta kecah satu skolah !
heh !

::cdot the dot:: said...

cantiknya kg lu...hijau jekk..

CERITA LEBAT said...

cipa bini stifler...lu bagi gua alamat lu..nnti klu ada ada la..klu xada nk buat mcm mana

mira..haha..gua mmg paling takut mnatang tu..

cdot..kg lu merah ke?

deuterboy said...

Salam. GB tu dah tukar ke sekolah lain selepas naikkan dan bgnkan sekolah tu menjadi antara sekolah elit kt daerah Kota Setar. Slepas itu, beliau ke beberapa lg sekolah untuk bgnkn sekolah2 tersebut. Sekarang masih lagi menjawat jawatan GB di salah sebuah sekolah berprestasi tinggi di Alor Setar. I rate him as The Most Outstanding and The Best Headmaster ever in Kota Setar district ^_^