Pages

Tuesday, December 18, 2012

Anak Perempuan

Satu masa nanti.,..

Bila aku sudah ada anak, dan anak aku adalah anak dara, aku akan reformasikan pemikiran dia..Aku akan bebaskan dia dari belenggu cinta. Aku akan bebaskan dia dari terus bersandar pada lelaki entah siapa siapa sebelum tiba masanya...Aku akan keluarkan dia dari skrip drama melayu yang mengada ngada...Aku akan biarkan dia berdiri pada pasak jiwanya..

Aku tidak akan memaksa dia memilih siapa idolanya, sama ada aku atau Hazama.. Aku hanya mahu me-merdekakan dia dari tawanan dunia..

Supaya nanti bila aku mati, dia mampu mendoakanku...

Wednesday, October 3, 2012

Muar

     Walaupun saya bukan berasal dari muar namun memori saya padanya begitu mendalam.Satu pertiga usia remaja saya dihabiskan di muar,satu pertiga lagi di melaka dan selebihnya di alor setar.


        Alam remaja saya di muar tidak banyak beza dengan alam remaja Dr Sheikh Muzafar. Yang berbeza cuma saya tidak pernah mempunyai cita2 ke angkasa lepas. Bagi saya cita2 menjadi angkasawan adalah fake dan tidak ikhlas.Pada ketika itu saya lebih teruja dengan cita2 menjadi ahli sihir yang disegani. 


         Sehinggalah ketika saya ditawarkan untuk ke Universiti, cita2 saya terus kabur dan saya lebih menumpukan perhatian kepada aktiviti makan nasik.


Muar begitu indah untuk dikenang.

Semalam yang lebat telah meninggalkan saya.. ~muar blues~