Pages

Monday, September 27, 2010

NATIONAL GEOGRAPHIC MELAYU.


Tahun 199o-an

Bapak gua zaman ni memang tengah fanatik dengan cerita binatang..Selamat pagi malaysia dengan Buletin utama semua bapak gua tolak tepi..Gua sebagai jeneral bapak gua pun ikut "hi" sekali dengan dia..Pantang ada national geographic terus gua dengan bapak gua duduk depan tv siap dengan buku catatan..



Tiap tiap minggu cerita pasal lain lain binatang..Gajah,singa,beruk,cengkerik,ikan puyu,cicak tokek semua gua layan..Biasanya lepas habis cerita gua akan tanya bapak gua beberapa soalan yang gua rasa gua tak dapat tangkap masa menonton..Bapak gua kadang kadang bagi jawapan boleh tahan gugle jugak gua tengok.



Minggu tu cerita pasal gajah..Habis siaran gua mula kemuka soalan kat bapak gua.


Gua-> ayah,gajah ngan harimau bintang sapa lagi kuat?

Bapak gua jawab sekali napas

"Gajah ni dia punya speed tak berapa nak pergi,tapi kalau dia duduk atas harimau bintang boleh barai rimau terkeluar taik."

Gua-> owh..

**

gua dapat jawapan yang memuaskan..



Minggu seterusnya cerita pasal beruang pulak..alhamdulillah gua faham secara solid dan tak ada apa nak tanya..

**

Minggu sekali lagi cerita pasal ikan jerung..

**

Gua mula kucar kacir..Gua belum study lagi hal ikan jerung..Gua nak tau jugak dia duduk kat gua mana,beranak ka bertelur,vetebrata ka tak vetebrata,fotosentisis ka fotogenik..Gua kena ambik tau jugak semua tu..

settle menonton terus gua claim soalan kat bapak..

Gua->..ayah,ikan jerung dengan harimau bintang sapa lagi kuat?

Bapak->..uuiii..ikan jerung mana boleh lawan dengan harimau bintang..ikan jerung tu pendekar laut,mana boleh senang senang naik darat..

Gua->..gua "owh" lagi sekali..



p/s: apasal gua masa kecik bengap melampau lampau ah.

Sunday, September 26, 2010

CERITA BENAR YANG PALING "INDIE"

Gua petik benda ni dari suratkhabar KOSMO, 25 SEPTEMBER 2010..ya,gua menangis lepas baca benda ni..karya DR CHE ROZMEY.

"Jiwa mereka dirobek,hati mereka diruntun dan perasaan mereka tersentuh dengan 2 Alam yang takut tanpa kata kata,seram tanpa hantu dan ngeri tanpa dialog.


Dengan lakon layar hebat,dialog dan kesan,bunyi mantap menyentak air mata yang memungkinkan mereka pengsan sehingga dipapah keluar panggung

Filem 2 alam yang mengembalikan kegemilangan filem melayu yang hilang 40 tahun lalu adalah wadah perjuangan ku.

Mereka akan berkata DDR dimanakan ku cari ganti serupa denganmu dan serupa dengan 2 alam kerana kau hadir untuk mengangkat martabat industri filem negara.

DDR,kami rakyat Malaysia malu padamu. Malu kerana dari awal lagi tidak bersamamu dan 2 alam yang mahu digagalkan oleh mereka yang tidak memahami perjuangan.

kalau bukan kerana nekad dan hebat pasti dirimu pasti kami tidak dapat merasa nikmat dan hikmah kegemilangan serta kejayaan pecah panggung rm40 juta yang kau cipta bukan untuk namamu tetapi untuk kami rakyat bangsa satu Malaysia yang menjadi kebanggaan dan keterujaan..

DR. CHE ROZMEY,..gua sokong lu..ya!..sentiasa sokong.

hensem tak idola gua?

**

**

**






Thursday, September 23, 2010

Hari Itu Hari Ahad..Sumpah Gua Takkan Lupa.


Gambar gua masa mula mula nak pergi mengajar tahun 1997..


Mak gua sebenarnya baru lepas tune bedak nyonya berdepung kat muka gua siap dengan minyak zaitun kat atas kepala..Sebab tu gua punya hensem sampai bersilau silau..Nampak tak kasut gua tu?..Paling letest..Bapak gua runding harga dekat kedai bata sampai kena tumbuk..Ok yang ni gua tipu..


Dalam beg gua ada botol air bentuk talipon bimbit sekali dengan straw antena boleh ejas..Mak gua isi dengan air milo suam..Ya minuman turun temurun..


Sebelum tu dalam beg gua jugak ada tiga buah buku kotak besar siap dengan kali-kali dekat belakang..Ada pemadam gambar nobita dengan pensel kayu 2B warna hitam jalur kuning, kotak pensel tin nissan skyline satu set dengan pembaris bergerigi.

Pengasah pensil gua simpan sekali dengan gunting dalam poket zip kecik .


Alhamdulillah sekarang gua jadi manusia yang boleh diajak berdakwah..


Oh ya dalam poket kanan gua tu ada duit sekolah seringgit dengan dunhill 20..Lighter gua simpan poket sebelah kiri sekali dengan kunci 125z..Budak sekolah zaman sekarang dalam kocek seluar ada henset dengan mp3 saja..tak real langsung.


p/s:Masa ni gua tak terpengaruh sangat dengan revolusi beg beroda..gua minat beg power rangers saja.

Tuesday, September 21, 2010

Karya Aristotle Yang Paling Romantis

gua bukak ensklopedia,
gua semak karya plato,
gua jumpa haron din,
gua tafsir kitab aristotle,
gua talipon anak beranak james brooke,


gua cuba siasat secara profesional..

apa makna semua ni..

gua harap ni kerja budak-budak art

bukan kerja enjineer.




yang bawah ni orait ke tak orait?.



p/s:..macam macam bau ada,dari bau lemang bawak ke almond london..

Monday, September 20, 2010

Tektik Cepat Kaya Jutawan Muda

Ni dia senarai bisnes yang gua try dari dalam buaian sampai ke tua bangka tapi tak pernah berjaya..


Bisnes cabut uban..Seawal darjah tiga gua dah terjebak dengan bisnes ni setelah pujuk rayu bapak gua.sehelai boleh pergi sampai 5 sen..Paling koman sepagi gua boleh tarik sampai sploh ribu helai..Untung toksah cerita la..Bisnes ni lingkup sebab bapak gua tarah rambut tapak satu...



Bisnes pergi beli kelapa..Yang ni boleh tahan puaka jugak dia punya pulangan..Sekali pergi kedai upah boleh jejak sampai 30 sen...Tapi apakejadah makan santan hari hari,boleh kena darah tinggi woi..Industri beli kelapa parut ni pun jahanam jugak selepas ada makhluk bukak kedai runcit sebelah rumah..Mak gua dah tak pakai khidmat gua..hancur periuk nasik gua..



Industri pungut tin aluminium..Gua try kerja ni dengan falik fitri seusia doblas tahun..Modal dia beg guni saja..Sasaran gua depan kedai mamak..Harga tin tahun 2000 tak lari jauh dengan harga getah..Sekilo mau puluh ribu rupiah jugak..Dan sekali lagi bisnes ni mampos sebab gua beralih ke bisnes cari tembaga..



Sektor tarik tembaga dalam wayar..Gua punya jahanam dulu pantang telekom datang buat kerja,pasti wayar hilang bergulung gulung..Dekat rumah gua tarik tembaga pakai playar sampai kematu tapak tangan..Biji mata pulak sama keras dengan ketul bata..Hardcore habis..Sektor ni pun tak tahan lama..gua surrender sebab penat sampai tak tau nak cerita.



Naik sekolah menengah gua ambik upah salin nota budak tingkatan lima,jual besi basikal,tolong jadi tokan barang budak asrama dan macam macam lagi gua buat..tapi sekarang.


gua try benda ni..


ketagih bukan main..


harap harap tak melingkup..

ni dia gua baru pasang..

amacam..




p/s:kalau gua gagal jugak gua tak ada pilihan lain,terpaksa la jadi model..hurmm..ta suke taw..=(

Sunday, September 19, 2010

Disebalik Tabir Seorang Ustaz

Masa gua kerja ustaz dulu dalam tahun 2006 ada sekali gua balik beraya naik bas.Jam tu gua tak berapa nak "hantu" sangat..Kira alim dan bertawaduk lagi..Tak macam sekarang ni,cukup-cukup lingkup.


Gua naik bas dalam pukul sepuluh malam..sejuk nak mati.Bas pulak pasang aircond pulas sampai habis,terasa macam nak pergi luku kepala drebar pun ada.Nasib baik gua ada experience study madrasah dekat negara alaska dulu.


Dalam bas gua duduk belakang satu kapel melayu "blonde"..Sekalipun hidung kemek, pipi kembung,gigi rongak,tengkuk berdaki tetap berambut "blonde".. nak nampak "amareka" tapi macam haram bukan?..


Baru setengah jam bas berjalan kapel blonde tadi mula main peluk peluk..Ok fine,gua selaku pendakwah bebas that time terus bertindak cemerlang..Gua pasang ayat kursi dekat henset then gua setting betul2 belakang seat kapel tersebut..


Yes gua berjaya,si jantan tadi mula buat-buat korek hidung..


20 minit kemudian..


Kapel blonde tadi langsung tak belajar dari masa lampau..Tetap peluk peluk.malah lebih erat dari sebelumnya.Kali ni gua tarik volume ayat kursi sampai habis...

ya!..tindakan gua sekali lagi efisyen..


Gua terlelap sebab terlampau ekstrem berdakwah,


**


**

Bangun saja tidur kali ni gua nampak benda yang sama..masih lagi peluk peluk..

Ok,kali ni gua handle cara lisan..gua berdehem dehem bagi amaran tok guru..
dalam sunyi sepi gua dengar si jantan bisik pada makwenya..


"tu la sayang,sapa suruh duduk depan mufti"


p/s:..lepas dari kejadian gua dah tak jadi mufti lagi,gua buat kerja kerja kampung saja.




gambar gua berzikir tepi laut ..amacam?

Thursday, September 16, 2010

Nama Nama Pilihan

Nama timangan gua sebelum raya

jie,

aaron aziz,

beckham,

arnold,

stonecold,

*

Nama timbang timbangan gua lepas raya.

bob,

mok,

endut,

boroy,

gondurowo,

debab,

jalil hamid.


ok gua pasrah..lepas ni gua pulun balik buat sixpack jangan menyesal..time tu jangan ada yang nak cuba mintak 2 3 pack dari sixpack gua..

sekali sekala ambik gambar sendiri boleh tahan jugak dia punya feel..ngee~..xoxo...macam haram..

Tuesday, September 14, 2010

Ucapan Aidilfitri Paling Lingkup Gua Pernah Dapat


Raya tahun ni gua tak berapa nak juara dalam main kirim sms raya..Tapi gua dapat banyak jugak sms gred jahanam dari kawan kawan..Banyak banyak sms gua dapat,gua tapis,kemudian gua buat selection sebelum gua publish dekat sini..


Mesej yang pertama ni gua dapat masa gua tengah khusyuk ajar nenek gua balut ketupat..Lan hantar dekat gua. dia test gua dengan pantun pat kerat.

"di hari raya bermain mercun,
bermain mercun di malam raya,
sungguh seronok bermain mercun,
mainlah mercun diwaktu malam!.."

gua ambik setengah jam jugak nak balas pantun dia.

Lagi satu mesej ni gua dapat masa tengah sibuk baca khutbah raya dekat masjid kampung gua.Brad bagi gua mesej paling maut.


Selamat hari raya,ikhlas daripada kami sekeluarga,Hafiz Zaidi dan isteri tersayang,Lisa Surihani serta anak anak.mohon maaf zahir dan batin.raye jempot datang umah!..


**

**

HARAM!.



Sunday, September 5, 2010

Secebis Pelempang Sebelum Senja



Ni dia anak buah gua..
Umur baru 4 tahun tapi perangai konservatif gila.

Tadi dia datang dekat gua..
Suruh gua lukis hantu..
Gua bidas bulan puasa tak ada hantu..
Dia desak gua jugak..


**


**


ok fine gua lukis kat dia gambar hantu..


**


**

settle gua lukis gua tanya dia balik..
"ni hantu apa?"...

*


*

"ni acik(yakni gua)"

jawab dia selamba..


p/s: gua stenby lempang dia ikut gaya akrobatik..

Friday, September 3, 2010

Aidilfitri dan Dunhill


Dah 3 hari gua ada di muar. Gua punya seronok sekarang tak boleh nak cerita,tak payah pikir apa apa.kepala hotak gua betul betul "freedom". Tak payah pikir pasal nak basuh kasut sekolah,tak payah pikir pasal daun pandan,tak payah pikir pasal rantai basikal ataupun apa apa..kosong..dalam kepala gua hanya memikirkan tentang skill terbaru nak celebrate raya..


tet tet

Mak gua hantar mesej pulak..
"hang kat mana tu,beli kat mak serbuk kari daging alagapas sat"..


Dari wetex parade gua gegas balik tanjung.freedom freedom jugak,tapi bab ayah dan ibu ni
memang gua tak berani nak berkonfrontasi..


Sampai kedai gua tongkat kawasaki 1000 cc,gua jalan masuk tak bukak helmet bagi nampak garang.

**

**
Ya tuhan!!!dalam kedai gua nampak jobot,dah dekat 21 tahun gua tak jumpa jobot..dah besar ye kau bot..Gua berlari terkam jobot sambil berlaga pipi lepas tu goyang punggung buat trademark..


Jobot->hoi,apa barang lu datang kedai beli serbuk kari ni.macam betina.


Gua diam sejenak..
dengan senyuman yang konsisten gua balas ..

"Yang lu ni beli dunhill tengah tengah hari ni apakejadah?..puasa lu mana?..

jobot senyum penuh makna...

p/s...selamat hari raya!-gua rasa dah dekat sejuta kali gua ucap dekat blog.