Pages

Saturday, July 31, 2010

PUYOL & PAOB TRADING..

lu orang kebulur?
nak makan tapi segan segan?
jangan cepat gelabah,
gua ada solusi,
port mencekik paling indie,
dengan harga siling paling relevan..



first time gua cuba servis kat sini,mak datuk,,,punya la ramai makhluk kastemer sampai kena beratur ambik nombor..jalan jem tak payah cerita la,sepuluh kilometer gua menapak sebab tak ada parking..peluh meleleh leleh diatas badan gua yang berotot otot.gua berjalan dengan kelajuan seorang brader..soluble habis!.


1.SERVIS

Dua pelayan wanita berbangsa itali menyambut gua dengan senyuman meleret leret didepan pintu masuk LOT 214..""vicente elparare khose delbouqe"-sapa pelayan pada gua dengan bahasa haram sepatah gua tak paham.. 2 2 pakai kebaya sarawak.gua berjalan sambil tunduk kepala tanda berhemah..PUYOL dengan PAOB punya bisnes ni luar biasa benar-hati gua berbisik bisik.


Pelan pelan gua dibawak ke meja santapan,..dia punya kelengkapan memang melengkapi habis!..meja makan pulak dicompletekan lagi dengan skrin sesentuh LCD tahan hempuk 42 inci .
kalau malam sabtu boleh buat tengok liga super super saturday.memang semuanya tip top..


tengok pada gaya gua rasa tak lama dah member gua dua orang ni nak beli uranium.


tetamu yang datang pun bukan main lagi,meja sebelah kiri gua george best sebelah kanan gua pulak mark zuckerbeg.pehhhh..


gua difahamkan peneraju utama P&P TRADING dah mula petik bini selepas mendapat keuntungan

*

*

*

biar muka tampak ganas asalkan dalam hati ada taman





2.MAKANAN

Belum sempat gua buat pesanan,makanan gua dah sampai..efisien macam gampang.aneka menu ada,dari nasi goreng kicap sampai ke aceitunas marinadas. sampaikan menu yang gua sendiri tak reti nak eja pun ada dijual jugak..antara jenis makanan yang gua nak petik kat lu orang ;

D’Grove Resto(nasi goreng belacan),
Paella Valenciana(mee goreng jepang),
Pollo Estillo Familia(budu),
Cesadilla con Pollok(cencalok),
Shitake( dan lain lain).


lu nak tau apa gua pesan??
kuih badak(hypotamus cuppycake) 2 biji dengan apam lenggang(love rilexs pancake)satu..
kenyang gila..


pemegang share PAOB & PUYOL TRADING mula buat muka bengis selepas mengetahui keuntungan berlipat kali ganda


**


**


**

macam ni punya gaya,rozmey pun gua boleh makan


3.HARGA

urusniaga semua dalam dolar saja..orang kampung yang senteng seluar jangan berangan la nak cuba cuba masuk.tapi kalau lu orang tak ada pitih boleh bayar guna kad kredit meybenk.


setiap pembelian akan diberi satu mata ganjaran..kalau lu boleh tangkap sampai sejuta mata ganjaran boleh tukar dengan megi kari letup sebungkus.kalau yang tak ada kad kredit akan diberikan alternatif jalan penyelesaian.baru mesra orang kata. (slogan para ah long gua ulas).


jalan penyelesaian satu
-masuk buku 555 hardcoverbook..fenomena riba akan meningkat dari jam ke jam..setiap jam 50% je menaik.kalau dalam sehari masih gagal menjelaskan hutang akan didenda
berjalan itik keliling sekolah rendah.


jalan penyelesaian dua..
-sekiranya lu orang masih berdegil keras kepala lutut taknak bayar,hutang akan dikreditkan dalam sistem bendahari universiti dimana lu orang tak boleh ambik exam terus sampai ke tua.


PUYOL & PAOB TRADING akan berkerjasama dengan penyimpan mohong mohong besar bagi mengishtiharkan muflis andai kata lu gagal melunaskan hutang kuih badak dengan air tin dalam jangka masa seminggu..



**

**

**

**



pemegang saham mula senyum bangga selepas dingorat artis artis serta ramai lagi makwe makwe.



4.PERADUAN.

peraduan MAKAN,BERAK DAN MENANG adalah satu satunya borang peraduan yang tinggal..anda hanya perlu sertakan butir bukti tandas yang anda berak selepas makan di P&P trading..setiap butir bukti anda berak dikira satu mata penuh..pemenang hanya diumumkan sejenak selepas jemaah CEO P&P trading bermusyawarah..


hadiah tempat ketiga

-minum pagi bersama PAOB pada pukul 12 tengahari di kafe berhampiran.
-akan diberikan kad keahlian secara percuma selepas membuat sedikit pembayaran secara beransur ansur sebanyak 30$.
-5 mata ganjaran secara percuma setelah menjawab 2 soalan trivia dari PAOB.


hadiah tempat kedua

tiada


hadiah tempat pertama

makan malam bersama PUYOL di arena of star KAFETERIA cengal.
10 mata ganjaran tanpa teragak agak.
salinan surat beranak PUYOL secara percuma.


TEMPAT TERHAD JADI TUNGGU BAPAK LAGI???CEPAT.


ok la..gua dah malas nak cerita lebat..sebenarnya member gua buat bisnes air tin saja..keh2..kalau nak ,datang la bilik 214,L28..chill~



Wednesday, July 28, 2010

PeRkHiDmAtAn BaS pAliNg JaNtAn DiDuNiA



2003
-tengah hari,tengah rembang, tengah panas dunia,
-syarikat bas berenti berenti patt hup masjid tanah-bandar melaka.

gua jalan balik sekolah macam orang gila tengah kebulur gila.songkok gua tanjakkan keatas sikit sampai nampak ubun ubun.trend pakai songkok macam tu memang tengah menular selaras norma komuniti sekolah menengah.kalau dalam kelas pulak trend simpan songkok bawah meja memang "looking good" habis, disusuli dengan trend kena pelempang dengan ustaz sebab tak pakai songkok adalah ending yang tak berapa hero bagi budak budak tingkatan dua..

ahh gua bukan nak cerita pasal songkok..


gua kena cepat balik sebab gua tengah lapar nak mentekedarah.perut gua pulak buat liveconcert sambil darah naik ke kepala bukak cerita nasik lauk ayam masak toyu dengan milo gua simpan dalam peti ais pagi tadi.


sampai saja bus stop gua tunggu bas macam biasa..tengah panas terik dengan bas yang tak ada disiplin digandingkan pulak dengan perut gua yang dok berzapin,memang kompilasi terhebat untuk gua tomoih ke depan bila bila masa saja.

*

*
gua naik bas ikut pintu tengah sambil mata melilau cari seat belakang yang masih teruna. Pada hemat gua mak budak saja naik ikut pintu depan..gua duduk belakang brader pakai baju undertaker..kiri kanan gua budak sekolah sungai udang..2 2 baju masuk dalam tapi duduk seat belakang..nak nampak brader2 tapi tak real langsung..


brader pakai baju undertaker tadi tiba-tiba turning kepala tengok gua..muka ganaz gila,parut jerawat merata rata.tapi gua langsung tak goyang. apahal budak ni,nak ajak gua lawan makan nasi ka...habis saja gua berhalusinasi terus dia sound gua serta merta.

brader undertaker=>woi budak,lu ada 50 sen tak?

gua=> tak de..gua jawab rileks macam dean dalam cerita supernatural.

brader undertaker=>lu cakap betul betul,kalau gua jumpa habis lu gua tapau..

gua=> iye takde,..kali ni keadaan lebih serius tapi masih dalam kawalan.

brader undertaker seluk kocek seluar gua,kiri kanan..-tak ada.
dia seluk pulak poket baju sekolah gua sampai nak rabak..pun tak ada..gua nampak dia dah mula gelabah..dia pandang tepat mata gua..

dia tarik songkok gua,dari celah songkok dia tarik 1 ringgit malaysia...
ahh sudah..

brader undertaker=>ni apa?

gua=>..err..lu cakap lu nak 50 sen,mana gua ada.

*


*

*

*

hari tu gua belajar 2 perkara,

seronok gila kena pelempang tangan kiri dari seorang brader.
nyaman sangat kena maki dengan drebar bas sebab tak bayar tambang.

hari gua rosak teruk!







Saturday, July 24, 2010

Lunamaya berketurunan sabak bernam??gua tak tipu..




"truutt truutt"
ahh rakyat mana pulak mesej gua tengah hari macam ni..
gua slide henset dengan sekali henjut lantas picit punat view..

lelaki L28=> bro,lu download apa-apa benda kat mana?


gua => apa-apa menatang apa?lu nak download apa?



lelaki L28=>err LUNAMAYA...



gua geleng kepala...gua pandang kiri kanan..budak sabah dengan budak kedah melenggang kemas disebelah gua macam tak ada masalah..gua tarik napas dalam dalam...sedikit sebanyak gua beristighfar..gua taip pelan pelan,gua tekan send..

**

**

**
gua reply=>http//www.imammuda.com/


gua gelak mengekek..kalau semua pihak letak tanggungjawab mentarbiyah atas bahu gua,barai la gua..bila masa gua nak handle makan minum kucing gua.cuba cakap...eeeee....tak suke taw..

Thursday, July 22, 2010

putera kucing



Zaman engkau orang besar-besar beg sekolah dulu,sebelum membuta mesti korang semua jenis berlagak anak orang kaya baca cerita dongeng yang entah apa apa kan?kalau yang pattern lembab pulak tunjuk macho ambik buku "fairytale" walhal sepatah haram tak paham..nak nampak cool punya pasal,hal ehwal mengaji gua tak tau pi mana...time berkumandang waktu rehat masing masing gelabah puyuh pecah masuk perpustakaan buat-buat baca cerita fairytale depan budak baru kelas sebelah...


Tahun 90-an cerita "cinderella" tercicir croc sebelah memang tengah berbisa,cerita "jack and the beanstalk" pun tengah naik menyucuk..gua sendiri jadi tak senang duduk kalau tak habis tengok gambar sambil mengangguk2 kepala konon paham plot cerita..semangat memang kena waja habis..cerita arnab dengan kura kura lawan lari terus gua tolak tepi..baru england orang kata..


antara buku cerita yang gua sempat sambar dari kenalan lama gua adalah cerita prince of frogs atau pun dalam dialek kelantan putero katok..bagi gua cerita macam ni lebih sesuai dengan identiti gua selaku hero kampung yang berstamina serta boleh diharap..keselamatan kampung,keharmonian budak budak serta kerja kerja ukhwah tergalas kemas diatas bahu gua atas nama hero berotot dimana mana..tu tahun 90-an memang gua dikira putera katak tapi sekarang...


2010

kalau ditakdirkan gua ni seekor kucing gua akan pilih untuk jadi kucing jantan yang paling berkaliber..klimaks kejayaan gua boleh diukur dari segi tangkapan tikus sehari hari..segala tangkapan akan dibuat berdasarkan aduan orang ramai serta kerjasama pihak majlis..hasil tangkapan akan gua kongsi dengan bini gua-cik daisy..cik daisy merupakan kucing berbulu gebu bermata biru berbaka melayu..memang menawan bila digayakan dengan rantai loceng beriben merah jambu..


sungguhpun cinta gua dengan cik daisy kekal harmoni namun apakan daya..gua dan cik daisy dipisahkan oleh sangkar kejam..sehari hari gua akan datang menemani cik daisy didalam sangkar..gua akan ceritakan pada dia segala perkara yang indah indah..sampai gua terlelap dan bangun semula pabila sampai waktu tengahari..menu juadah tengahari cik daisy gua makan bersama sama..bukan senang gua nak makan frieskies,hari hari gua bantai tikus pasar saja..


apa saja rintangan gua hadapi dengan cik daisy,guruh kilat petir ribut gua tetap temankan cik daisy. gua tawu cik daisy takut guruh..terketar ketar dalam hujan lebat gua cari surat khabar buat selimut..setiap malam sebelum gua tidur gua berharap agar cik daisy akan hidup bersama sama selamanya dengan gua..tangan gua julurkan masuk kedalam sangkar supaya senang cik daisy kejutkan gua andai ada ular yang cuba cuba masuk kedalam sangkarnya..

saban malam gua temankan cik daisy dibawah langit yang berbintang bintang..embun yang menitis nitis gua hadapi tanpa sweater adidas mahupun naiki..cinta gua pada cik daisy bukan macam cinta ahmad idham pada haliza misbun ,bukan jugak macam cinta tiz zakiah pada remy ishak tapi cinta gua cinta abadi,,


setiap pagi jugak gua akan dihambat oleh tuan cik daisy,anak2nya yang masih lagi mummayiz juga sering menggilis gua dengan roda basikal..kadang kadang sampai berdarah darah kepala..bila gua sudah sembuh gua datang balik dengan kaki capik dan ekor yang bengkok..demi cinta gua pada cik daisy tiap saat gua hadapi dengan teguh..

Kalau tuan cik daisy balik kampung,gua akan ke padang sekolah belakang masjid sana mencari belalang untuk bekalan makanan cik daisy.habis gatal gatal badan gua kena miang lalang..kalau nasib tak baik bontot gua kena lastik dengan anak anak india dekat jalan depan perumahan..sakitnya tak payah cerita la,kentut pun dah lari rentak...malamnya cik daisy mengopek belalang seperti makan kuaci cap bunga didepan gua...sambil makan sambil mengiau tanda sedap gila..gua senyum saja...

Angin malam bertiup sejuk seperti biasa namun cinta gua pada cik daisy tak pernah dingin..masih hangat seperti dulu...dalam kedinginan malam gua terlelap..menunggu esok yang penuh bermakna bersama cik daisy.

pagi itu


tiba tiba


datang tuan cik daisy menghambat gua dengan kayu golf,kepala gua dipalu bertalu talu..darah memercik2 terkena bulu cik daisy...kaki gua terkulai layu..segenap dunia menjadi malam...tanpa belas kasihan dada gua dipijak berkali kali...stamina gua hilang..gua sudah tak berdaya untuk lari...tulang rusuk gua berselisih,sakitnya tuhan saja yang tahu..air mata gua mengalir sayu dengan mata tertutup rapat..."kucing sial!!!"jerkah tuan cik daisy..suara gua tertampan di kerongkong..nafas mula berombak rombak...langit biru semakin mengecil.....perut gua dipijak pijak..dalam kepayahan gua hulurkan tangan kedalam sangkar..impian gua hanya mahu bersama cik daisy hingga akhir hayat..gua gagahkan kudrat seekor kucing...


sadenli....


**

**

**

*

bersambung..gua kena la saspen sikit..


Monday, July 12, 2010

kecemerlangan dinasti giant

hari ni gua dengan hantu2 lain dah mula check in masuk sekudai tanpa sebutir pun ilmu didada..dalam kepala semua cerita FIFA..gua dapat bilik sorang sorang belok lama. celaka jugak gua rasa kena tipu,kata nak bagi gua villa ni bagi gua penjara apa cerita.. nak kena choke slam?..gua dapat bilik yang tak ada langsir justeru memungkinkan langsuir datang berziarah acap kali..sebagai alternatif yang lebih rasional gua gantung tuala "kurnia insurans" kaler biru di tingkap atas nawaitu semoga teruna gua lebih terjamin dari langsuir betina yang miang miang belaka..


gua lepas ni nak kerek kerek dengan member gua dari universiti of nottingham kat negeri semilan nuh.. bilik gua boleh buat industri pelancongan seperti taman labah labah,taman lipas afrika, taman cicak berwarna warni,taman serigala dan bermacam macam menatang yang bakal menumpang nanti. gua ingat petang nanti gua nak keluar ke u mall cari bomoh sorang dua suruh pasang pagar. lepas tu boleh la gua beli perkakas deko deko deko sikit...baru menyengat orang kata.

gua,paob,hapiz,pali n bahari tampil keluar seperti yang diramalkan.destinasi bajet gua kali ni adalah giant..dalam teksi drebar potpet potpet ceritalebat dengan gua.. gua layankan saja warga emas macam dia,kalau tak layan nanti merajuk tak ambik gua pulak.. ikutkan hati nak saja gua lurutkan dada dia dengan tapak snickers biar dia sakit jantung sikit.. baru teringat anak bini ye dak?..


giant kat jb ni ada banyak bijik,yang gua dapat tangkap dekat skudai dengan dekat perling,disinilah tempat dimana rakyat malaysia membeli sambil membebel..dulu ada sorang kenalan lama bagi teka teki dekat gua kenapa doremon tak datang malaysia,gua cakap sebab doremon mana penah buat live tour, lepas tu dia cakap salah,sebab kat malaysia ada giant.. kemudian gua lempang dia bertalu talu sambil mengucap panjang.


di giant gua sangat mementingkan elemen rendah diri,menghormati jenama serta mengelak ketaksuban yang melampau lampau..mula mula gua petik setokin 3 pasang..satu untuk gua pakai pi kelas,satu untuk gua main di sepanyol n satu lagi untuk gua main di sekudai.. 3 3 pasang berjenama giant..kemudian gua melirik ayu kearah megi berperisa giant, kaedah saving gua memuncak dengan air mineral berkarbonat brand giant,buku nota istimewa dari giant, serbuk pencuci beraroma giant,minuman coklat pek giant sebelum keadaan menjadi klimaks pabila gua mula merancang strategi menggayakan seluar panjang giant dengan seluar dalam beragama giant.. ahh ini sudah dikira melawan adat...inilah jadinya bila gua berjimat dengan buku panduan ikhlas dari giant..chill~












Saturday, July 10, 2010

rambut gua rambut rezeki taw.

-"inila urban mak"!.gua cuba eksplen dalam nada siswa pada mak..
-"urban kepala hangguk,macam jerangkung"!~mak bidas dengan sekali napas sambil mencekak pinggang sendiri..
barai hasrat gua nak tiru rambut abraham lincoln..dia erti ikon sejati gua..bagi gua dia la ikon yang paling ikon..rambut dia nak tune kena pakai seterika bukan pakai gatsby macam belia zaman sekarang..xdak identiti langsung.

gua berkawad kemas sebaik mendapat arahan lisan dari mak.mak gua memang tegas dan cekap.dalam situasi terkawal macam ni pun gua dah kucar kacir,.itu belum lagi mak berkeadaan yang boleh memudaratkan gua,senduk dijadikan senjata artileri,lesung batu plak terbang menerjah kepala menjadi helmet gua..memang tak berapa rasmi untuk gua cerita..
tapi mak gua punya keiibuan dah beribu kali menang anugerah cuma gua saja yang tak cerita.


sampai saja didepan "kedai gunting rambut md noor",motor gua brek beransur2..gua susun langkah anak teruna masuk kedalam kedai.md noor ni BFF bapak gua..tapi gua dengan dia sumpah tak ada apa apa..nama sebenar dia najib,dari mana datang md noor ni sampai sekarang jadi misteri berpuaka..najib ni pattern cerita lebat jugak.kalau bapak gua yang datang gunting memang gua tengok najib ni haram tak jadi kerja..bersembang sampai subuh.dari hal ehwal tanjung sampai ke PBB dia bukak cerita..boleh bankrupt bisnes kalau hari hari bapak gua tarah rambut dengan dia..


masuk saja dalam kedai,berlakulah beberapa pertembungan idea dalam kepala gua..bukan pasal karya aristotle mahupun plato...bukan nukilan ahadiat akashah mahupun usman awang.tapi coretan barai URTV dan MANGGA jadi santapan rohani gua sementara menunngu giliran petang tu..kali ni gua betul2 hilang pedoman..langsung tak ada ciri2 kota cordoba dalam kedai lu,dari segi perkembangan tamadun gua kelaskan kedai dia sebagai tamadun yang tak bertamadun..bagi gua,budak darjah satu yang masih kedarah susu dumex,yang baru nak belajar mengeja pun tak baca MANGGA,inikan pemuda pemudi yang muka dah berselerak dengan jeragat...


"lu nak fesyen apa??"soal najib serius..


"gua nak gaya paling comel la..lu potong elok2,jangan buat eksperimen atas kepala gua,potong rambut dengan potong rumput tak sama tau..
lagi satu lu jangan nak masak nasik atas kepala gua..botak tengah siap lu.."-lebih kurang ni la gua tarbiyah najib.


gua menanti hasil yang padu dari najib..


**


**


**


**
amacam?rambut gua rambut rezeki taw..u all ni..eee geram taw

p/s; part last gua mereka cerita ja woi..keh keh.


Sunday, July 4, 2010

secawan teh bersama makwe bas stand.

antara destinasi paling indie dalam hidup gua adalah bus stand muar dimana ia menjadi port berjemaah yang konkrit bagi hantu macam gua.kebanjiran warga asing dilihat lebih menjadikannya pusat perkembangan ilmu serantau ter"solid".disini jugak la tempat yang menjadi saksi cinta mati gua dengan sorang "makwe" yang paling stabil.


setiap kali gua berkunjung hormat ke bas stand atas niat tapau
mee goreng abang sayang,waktu itulah jugak gua akan manfaatkan sepenuhnya bagi meluangkan masa bersama makwe solo tersebut.



makwe ni kulit hitam manis,rambut curl fashion tak boleh straight,baju dedah atas bawah,dia punya harum betul betul cucuk kerongkong gua.pendek kata tak kenal maka tak cinta.memang
retro habis~tapi tu luaran la,dalam memang ada kucar kacir sikit.level pemalu dia ni memang bercucuran habis.



bas stand menjadi titik tolak perkenalan gua atas dasar suka sama suka,mak bapak gua belakang kira,kenyit mata berbalas senyuman miang,riak gatai mula terbentang..tapi gua selaku romeo tampak lebih steady berbanding dia yang agak kelam kabut.gua nampak peluh gadis dia mula
menitik nitik..gua andaikan dia nervous ,biasala semua makwe dalam dunia
gugup bila pandang gua,kalau tak gementar dikira sudah melawan fitrah alam.



pelan pelan gua mulakan,gua tarik napas dalam dalam sampai ke otak,gua hamburkan ayat ayat cinta tepat ke cuping telinga beliau.gua tanya sapa mak bapak dia..kali ni anak mata gua berada di posisi yang tepat,menanti jawapan yang begitu mendebarkan sungguh menyiksakan.



dia tunduk malu sambil menguntum senyuman gadis melayu..ah,dia senyap pulak,kepala lutut gua ligat mengatur strategi plan B.kali ni mesti lepas,mee gua pulak dah nak masak.


lagu asmara dr fazley menyusup manja disusuli dengan soalan gua yang ke dua.kali ni lebih detail..gua mintak emel terus..main berbalas emel ni salah satu idea yang jitu jugak-fikir gua.



dia renung dalam-dalam mata gua,alis matanya yang biasanya dijalin rapi dengan taik mata berkelip kelip..jantung gua speed up..dia diam,memandang asap bas yang bersimpul simpul dihulu stesen..kecewa..gua hilang pedoman.



sebelum mengakhiri dating yang sungguh berpuaka gua request nak snap gambar sekeping dua dengan dia sebagai bukti cinta kami andai gua terjun sungai nanti.dia menggeleng kemas,
hati gua bengkak berbenjol benjol..


sebelum gua pulas kunci motor gua sempat snap curi2 gambar dia..tu saja gua
mampu buat.
lu orang nak tengok?

*


**


*


**


*


p/s:ini cerita lama gua sebelum gua selamat diijabkabulkan
dengan sorang makwe sejati paling true dekat kemaman..

Saturday, July 3, 2010

gua tak boleh nak berenti ambik benda ni..

semenjak sepupu intro kat gua dulu
siang malam gua dah mula tak konsisten,
lifestyle gua sebagai belia sekarang
dah tak berapa belia.
member2 gua start pulaukan gua kerana anggap gua "destroying record".

ah!~gua pedulik hapa.

hidung gua berair deras,
mata gua merah lampu isyarat,
jantung gua dup dap dup dap.

mak bapak gua pulak jenis tak peduli sangat dengan addiction gua,
fashion kolumpo la orang kata,
panggil kenduri pun pakai facebook,
manusia zaman sekarang pattern duniawi paling kemas,
mana hilang hadhari...

ahh!!~ gua tak ada masa nak bagi tazkirah.
gian gua dah datang...tak tahan betul,...


sepupu gua memang puaka,dia senang dapat barang..
sebab dia duduk dekat kampung,tapi gua payah dapat..
dealer macam tak berani..

kalau ada pun harga macam celaka..
semalam gua tarik overdose,
hari ni badan gua panas macam seterika..

*

dia dah mai dah...menggeletar kalau dapat ni.

*

*

*

*
p/s: sikit punya susah cari port nak bantai durian,
kentut jenis ni yang bau memang tak boleh nak runding
..

Friday, July 2, 2010

ini falsafah budak budak.

masa gua darjah nam dulu gua sekolah dekat jalan pegawai alor setaq.sekolah pagi no problem tapi sekolah petang(sekolah phardu ain) yang ada masalah..
bukan apa, sekolah agama petang gua ni pun bukannya ramai budak,sekejap ada sekejap takdak..
kadang kadang gua datang kadang kadang tak(masalah besar)..ada la dalam lima nam tujuh orang sekelas.macam biasa gua paling hero.

gua ni kira brader surau yang menjadi tauladan la disebabkan hanya gua yang mampu hapal azan,yang lain semua
tengah gila lagu asereje masa tu...apekejadah..

ustazah gua nama dia salmah,nama manjanya dia tak pernah dedah so gua panggil la dia "ustazah",.
kalau dia demam or malas nak datang,gua dengan budak2 nie terpaksa masuk kelas sebelah..

dalam kelas,perkara "foundation" yang gua sangat fokus bila belajar adalah skill "latest" lawan pemadam bersama
membe gua haikal..itulah rutin yang gua "highlight" gila..sampai peluh berderau2 kat dahi pun gua buat tak pedulik..
bekalan pemadam pulak sepenuhnya disponsor oleh koperasi sekolah dimana gua jugak adalah salah seorang "salesman" koperasi diwaktu pagi.

waktu rehat gua dimanfaatkan lagi dengan turun ke kem latihan
"sepak tin"..tin koka kola yang gua telah kemekkan gua niatkan sebagai bola adidas..penjaring terbanyak
biasanya "running" diantara gua dengan safwan..manakala kaki yang paling banyak berdarah jugak jatuh kepada gua dan safwan.

pemikiran gua masa tu tak lari jauh,antara main dan tengok tv saja..
hal ehwal cerakinkan nombor jauh sekali gua nak ambik port,itu kerja makwe2 sahaja..
badan gua masa tu dia punya tuff toksah cerita la,hari hari gua main permainan berat2..
kepala hotak gua sentiasa ligat memikirkan permainan yang lebih canggih dan mencabar bagi budak2 baya gua...
***
**
*
**
***
**
*
**
***
**
*
***
sedang leka gua perkosa digimon membe,ustazah sound gua lemah..

hafizi,awak nak masuk pertandingan hafazan?

hah?menatang apa tu..bunyi macam permainan baru(gua monolog dalm hati)..

"macam mana nak masuk?"~balas gua menunjukkan minat.digimon gua hempas ke meja,gua berlari mendapatkan ustazah.

gua tak tahu,mungkin ustazah nampak potensi gua.

*
*
*
*
*
*
*
hari yang dinantikan telah tiba..gua berasa semmart dengan busana yang dikenakan,kasut pallas bertompok hitam digayakan pulak dengan baju melayu kaler
putih serta berlebai bapak gua...gua melangkah megah walaupun tanpa pemadam didalam beg..
sekolah gua jadi tuan rumah pertandingan tilawah ngan
hafazan antara sekolah kalau tak silap gua.
ustazah salmah mempertaruhkan gua dengan sekelumit harapan bagi mengharumkan nama sekolah tanpa ada rasa bersalah..
*

*

*
puaka!! macam mana gua yang kena mula dulu ni..
tapi x pa,gua rilex selaku seorang hero yang tak berapa nak kisah.

gua alunkan surah dhuha yang tak berapa panjang dengan adunan tajwid dan taranum yang gua rasa tak ramai anak muda mampu capai,.
tiga orang juri berbisik sesama sendiri,mungkin mereka sedang memperbahaskan kehalusan seni suara gua..gua biarkan saja dengan sikap orang tua mereka..

*

*

*
selesai gua memperdengarkan apa yang patut,gua turun dan lepak disebelah ustazah..peserta ke dua naik ke pentas..
dia bantai surah yang lagi nipis dari gua~surah al ikhlas kalau tak silap gua..
~gua senyum manja....

peserta ketiga pulak bukak surah yang lagi basic dari gua,
~gua senyum kemas,,gua dah terbayang bayang naik atas podium percik kicap kat peminat gua..

~datang peserta yang keempat..
dia tarik yasin..
ah sudah,
kali ni gua senyum kelat betul..
gua cepat2 talipon bapak gua suruh datang ambik,,gua nak balik..

p/s;esok gua terus tak datang sekolah sebab gua rasa angan angan gua lebat sangat..

kontroversi imam muda



ideologi barat yang tersemat kemas di ulu hati gua kadangkala
menimbulkan kelam kabut jugak andai tidak
dikawal rapi,dalam erti kata petuturan gua yang lebih bersifat "indiependent".

***
habis game england germany,gua ketap gigi rapat2,kening gua bercantum bagai digam.
sekali henjut gua shout!!

dammmnn!!!

mama>>>damn tu apa benda??

gua balas dengan ilmu yang tak berapa nak ada,

dammn tu maksudnya "best" la ma..

**
*
mak gua capai remote petik 106 dengan nada perli..
apa jua cara gua kena tengok jugak ni..

p/s;mama jgn bimbang,nnti orang jadi imam muda episod dua..
gua masuk bilik,repair tajwid dengan taranum rapi rapi~chill..

Thursday, July 1, 2010

diskaveri of sungai melaka.




Suatu pagi sekitar tahun 2003,langit kelabu nipis,salji macam nak jadi tak jadi,
kucing kucing dah start warm-up,burung hantu mula packing barang nak chow,
sunlight suluh tepat biji mata gua..
gua berguling tutup muka dengan bantal gaya frust awek-awek dalam tv menangis..
malas betul gua nak bangun cuti cuti ni,tak abang2 langsung..
gua turning kepala menghadap jam dinding~
***
**
*
durjana sungguh!!

macam mana gua boleh lupa.
dengan pantas gua terjun dari katil lantas melakukan pendaratan yang kurang sempurna bagi menjimatkan masa..
gua berlari anak ke bilik air untuk mencuci apa yang patut.
*

*

*
disebabkan gua tak ada masa untuk mengambil breakfast yang "satisfikated",sebagai alternatif yang "ekselen"
gua kebas syiling dalam kereta yang bapak gua buat bayar parking..
time ni mana ada guna benda alah kupon lagi,
semua guna tiang kaler hijau kepala dua yang ada lubang bubuh duit kat tengah..

biasanya gua hanya guna syiling ni untuk beli jajan "super ring" dan bakinya gua akan main tikam dimana
lebih gemar berakhir dengan tragis "terima kasih".
tapi disebabkan sifat tak putus asa dan sering mencuba betul betul mengeraskan kepala gua.
syiling2 tu gua lepas dalam kocek pelan2 takut bunyi sambil gua jalan dengan tapak tangan kanan tekup kemas
dekat seluar bimbang kalau2 terkeluar bunyi yang boleh menjahanamkan misi serta disusuli dengan
penyangkut baju di tengah belakang..
*
*
*
molek2 saja sampai di rumah gemok, gua dah nampak dia sedang tune kaki sarung kedalam selipar
sambil galas beg sekolah swan..

~what the hal lu nak buat dengan beg sekolah ni woi~gua sound dengan nada seorang kenalan.
-gua ada bawak sandwich sendiri dengan aiskrim soda,~balas mok dengan anak mata yang melilau.
kali ni suara gua betul tertampan di kerongkong.pandai betul gemok saiko gua dengan makanan.

gua ngan gemok ke rumah zaid dengan transport prewel mati yang didaftarkan atas nama gemok.
mengejutkan zaid pagi pagi ni bukanlah satu idea yang nasional fikir gua..

zaid merupakan seorang junior berdarah mamak yang paling cepat melenting,jiwanya penuh dengan api gelisah.mak dia ni ustazah yang paling indie kat sungai udang.
dalam lipatan rekod,keningnya pernah sekali tercabut terkena bidikan kemal.
satu lagi sifat buruk zaid yang gua discover adalah suka memijak tahi kucing dengan sengaja sebelum memijak kaki gua dengan nada bergurau.~selalunya gua balas terus dengan buah penamat undertaker.
...
..
.
alamak,gua nak kena pegi mandikan beruang peliharaan kejap,
nanti gua sambung lebat lagi ok,chill~

piala dunia dari spek mata gua

seumur hidup gua sebagai penyerang skuad tanjong agas fc,tahun ni genapla 6 edisi piala dunia nama gua digugurkan daripada pasukan argentina..mungkin kali ni alasan yang lebih munasabah gua "esep" dari maradona yakni memberi peluang kepada messi untuk mencipta nama..berair jugak biji mata gua nak telan kenyataan yang really2 "scretch" reputasi gua selaku striker berwibawa..

***
**
*
sejak piala dunia ni waktu ibadah fardu ain gua betul jatuh time masa kecederaan,yang paling terang sekali waktu subuh gua..matahari dah setting baik atas kepala baru gua jaga...

masa2 yang gua luangkan untuk beriadah didepan komputer riba dah tak berapa terjaga..pakcik google,facebook kadang2 tegur jugak tapi macam biasa kepala gua ni solid sikit..

**
gua nak kena pegi sain buku rekod adik gua kejap..
p/s:sory la kalau gua cerita lebat sgt kali ni,biasala orang kedah ni dia punya semangat lain macam...kalau bersembang feel dia macam nak bantai orang,dia punya berani tahap boleh makan nazi,mengumpat jarang2,tapi kerap mengaji...gua out dulu k~chill~