Pages

Friday, July 2, 2010

ini falsafah budak budak.

masa gua darjah nam dulu gua sekolah dekat jalan pegawai alor setaq.sekolah pagi no problem tapi sekolah petang(sekolah phardu ain) yang ada masalah..
bukan apa, sekolah agama petang gua ni pun bukannya ramai budak,sekejap ada sekejap takdak..
kadang kadang gua datang kadang kadang tak(masalah besar)..ada la dalam lima nam tujuh orang sekelas.macam biasa gua paling hero.

gua ni kira brader surau yang menjadi tauladan la disebabkan hanya gua yang mampu hapal azan,yang lain semua
tengah gila lagu asereje masa tu...apekejadah..

ustazah gua nama dia salmah,nama manjanya dia tak pernah dedah so gua panggil la dia "ustazah",.
kalau dia demam or malas nak datang,gua dengan budak2 nie terpaksa masuk kelas sebelah..

dalam kelas,perkara "foundation" yang gua sangat fokus bila belajar adalah skill "latest" lawan pemadam bersama
membe gua haikal..itulah rutin yang gua "highlight" gila..sampai peluh berderau2 kat dahi pun gua buat tak pedulik..
bekalan pemadam pulak sepenuhnya disponsor oleh koperasi sekolah dimana gua jugak adalah salah seorang "salesman" koperasi diwaktu pagi.

waktu rehat gua dimanfaatkan lagi dengan turun ke kem latihan
"sepak tin"..tin koka kola yang gua telah kemekkan gua niatkan sebagai bola adidas..penjaring terbanyak
biasanya "running" diantara gua dengan safwan..manakala kaki yang paling banyak berdarah jugak jatuh kepada gua dan safwan.

pemikiran gua masa tu tak lari jauh,antara main dan tengok tv saja..
hal ehwal cerakinkan nombor jauh sekali gua nak ambik port,itu kerja makwe2 sahaja..
badan gua masa tu dia punya tuff toksah cerita la,hari hari gua main permainan berat2..
kepala hotak gua sentiasa ligat memikirkan permainan yang lebih canggih dan mencabar bagi budak2 baya gua...
***
**
*
**
***
**
*
**
***
**
*
***
sedang leka gua perkosa digimon membe,ustazah sound gua lemah..

hafizi,awak nak masuk pertandingan hafazan?

hah?menatang apa tu..bunyi macam permainan baru(gua monolog dalm hati)..

"macam mana nak masuk?"~balas gua menunjukkan minat.digimon gua hempas ke meja,gua berlari mendapatkan ustazah.

gua tak tahu,mungkin ustazah nampak potensi gua.

*
*
*
*
*
*
*
hari yang dinantikan telah tiba..gua berasa semmart dengan busana yang dikenakan,kasut pallas bertompok hitam digayakan pulak dengan baju melayu kaler
putih serta berlebai bapak gua...gua melangkah megah walaupun tanpa pemadam didalam beg..
sekolah gua jadi tuan rumah pertandingan tilawah ngan
hafazan antara sekolah kalau tak silap gua.
ustazah salmah mempertaruhkan gua dengan sekelumit harapan bagi mengharumkan nama sekolah tanpa ada rasa bersalah..
*

*

*
puaka!! macam mana gua yang kena mula dulu ni..
tapi x pa,gua rilex selaku seorang hero yang tak berapa nak kisah.

gua alunkan surah dhuha yang tak berapa panjang dengan adunan tajwid dan taranum yang gua rasa tak ramai anak muda mampu capai,.
tiga orang juri berbisik sesama sendiri,mungkin mereka sedang memperbahaskan kehalusan seni suara gua..gua biarkan saja dengan sikap orang tua mereka..

*

*

*
selesai gua memperdengarkan apa yang patut,gua turun dan lepak disebelah ustazah..peserta ke dua naik ke pentas..
dia bantai surah yang lagi nipis dari gua~surah al ikhlas kalau tak silap gua..
~gua senyum manja....

peserta ketiga pulak bukak surah yang lagi basic dari gua,
~gua senyum kemas,,gua dah terbayang bayang naik atas podium percik kicap kat peminat gua..

~datang peserta yang keempat..
dia tarik yasin..
ah sudah,
kali ni gua senyum kelat betul..
gua cepat2 talipon bapak gua suruh datang ambik,,gua nak balik..

p/s;esok gua terus tak datang sekolah sebab gua rasa angan angan gua lebat sangat..

6 comments:

LORD ZARA 札拉 said...

angan2 tinggi takpe~

=)

ceritalebat said...

haha...=)

paan kowt said...

so ko kalah la nie?????
perghh..orait la tuh wakil hafazan..

ceritalebat said...

kalau aku menang dah lama aku daftar diri imam muda sekarang paan..hik2(gelak gedik)

::cdot the dot:: said...

lu aaa..agak2 la nak angan2 pun..

ceritalebat said...

gua teragak agak ni la padahnya..