Pages

Monday, December 28, 2009

ini cerita ekonomi


terkenang2 tabung gua dlu,dari bekas air gua tebuk rapi ..selotep ketat2.
klu gua isi duit msti berbau oren je duit..tp tabung tu x pernah penuh mybe sbb gua pndai korek tabung jgk kot!

-gua teringat yg gua hnya pegi bank lepas raye suatu masa dulu..
tu pun klu nasib baik dpt la gua in-kan seratus..bangga mase tu,
pakai baju masuk dlm g bank,siap tempek bedak kat muka..

putihnya hati si buta


disember 09~alor setar~
gua jln2 kat pekan rabu....ambik angin n mlepas slow2..beg duit yilek..tp mcm biasa,gua tak goyang....angin tiup slow2, bterabur la jgk daun2 kering...sekali sekala feel macam kat luar negara.

ya..gua terus kn bjalan..naik jejambat yg slalu gua naek mase g beli baju skolah kat kamdar dlu..dari dulu smpai skrg tak tggi2 pun...turun dri jejambat,gua nampak sorg org tua...pakai spek mata itam ala john abraham..tp pakai kopiah..

mcm pnah nampak dy...gua kenal spek tu..ha!gua kenal beliau....
*************************************

mei 1999~pasar besar alor setar~
bapak dengan selamba ja angkut aku sruh teman dy g pasar...gua ikut dgn muncunggnya...smpai kat pasar,bpk kasi tongakt dy pnye honda fame,gua jln smbil seret slipar..dlm hati nk ja gua ckp yg gua nk tgk tb td tp tkot la plak bpak marah......

syok punye leka gua tgk maenan kat stu kedai tu...fuhhh..yoyo la,kete dash la..mcm2 r..nasib time tu duit kutu gua lom in lg ...

alamak!!!alih2 gua tgk bpk dah ilang..!!..bederau darah kanak2 msa tu..puas gua cari....rase mcm nak mngis ja..bru trgt nak syg bpk...gua jln ngan muke sebek skali..

tiba2 gua nmpak sorg pakcik buta ngah nyanyi...gua tak pasti dy ngah tarik lagu apa,yg pasti aku nmpak dy ngah pgg micropon..gua g kat dy ngan muke sedih skali...gua ckp kat dy,"pakcik buleh dak tulung cari pak saya,pak saya nama hamid?"..pakcik tu tersentak mse gua tnye..mntak maaf la pakcik if aku potong stimmko..bisik aku dlm hati

**********************************************************
n skrg dah 10 tahun gua tggal dy,dy masih kuat,still berusaha utk hidup..
klu la dy leh nampak...mesti dy akan kenal gua..bdk yg dy pnah selamat
sploh tahun dulu..~~trima kasih pakcik buta yg baik hati..~~

Tuesday, November 10, 2009

ini bukan politik!!!!!


Murid : Selamat pagi, cikgu.Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.
Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan.
Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

(ni gua copy kat google je woi.)

Friday, June 19, 2009

senangkanlah hatimu~al anisah mai




Kalau engkau kaya, senangkanlah hatimu!
Kerana dihadapanmu terbentang kesempatan untuk menunaikan yang sulit-sulit.
Segala perbuatanmu dihargai orang, engkau beroleh pujiandi mana-mana.
Engkau menjadi mulia, tegakmu teguh. Di hadapan engkau terhampar permaidani kepujian,sebab itu engkau beroleh kebebasan dan kemerdekaan.
Jika engkau fakir miskin, senangkan pulalah hatimu!
Kerana engkau telah terlepas dari suatu penyakit jiwa,penyakit kesombongan yang selalu menimpa orang kaya. Senangkanlah hatimu kerana tiada orang yang akan hasad
dan dengki kepada engkau lagi,lantaran kemiskinanmu.
Kefakiran dan kemiskinan adalah nikmat, yang tidak ada jalan bagi orang lain buat kecil hati, dan tidak ada pintu bagi kebencian.

Kalau engkau dermawan, senangkanlah hatimu!
Kerana dengan kedermawanan engkau dapat mengisi tangan yangkosong, telah dapat menutup tubuh yang bertelanjang, engkau tegakkan orang yang telah hampir roboh.
Dengan sebab itu engkau telah menuruti perintah hatimu dan engkau beroleh bahagia:
Berpuluh bahkan beratus makhluk Tuhan akan menghantarkan pujian kepada Tuhan lantaran pertolonganmu. Kesenangan hatimu yang tadinya cuma satu, sekarang akan berlipat ganda, sebab banyak orang yang telah mengecap nikmatnya.

Kalau engkau tidak kuasa jadi dermawan, itupun senangkanpulalah hatimu!
Sebab engkau tidak akan bertemudengan suatu penyakit yang selalu menular kepada masyarakat manusia, iaitu tiada membalas guna, penghilangkanjasa. Mereka ambil kebaikan budi dan kedermawananmu itu jadi senjata untuk menjatuhkan tuduhan-tuduhan yang rendah.Saat yang demikian pasti datang kepada tiap-tiap dermawan, yang menyebabkan hati kerapkali patah dan badankerapkali lemah, sehingga hilang kepercayaan kepada segenap manusia, disangka manusia tidak pembalas guna.Padahal langkah belum sampai lagi kepada puncakkebahagiaan dan beroleh ampunan dari Tuhan.


Kalau engkau masih muda remaja senangkanlah hatimu!
Kerana pohon pengharapanmu masih subur, dahan-dahannya masihrendang dan rimbun. Tujuan kenang-kenangan masih jauh.Sebab umurmu masih muda, mudahlah bagimu menjadikan mimpimenjadi kenyataan yang sebenarnya.


Kalau engkau telah tua,senangkan pulalah hatimu!
Kerana engkau telah terlepas dari medan pertempuran dan perjuanganyang sengit, dan engkau telah beroleh beberapa ilmu yang berguna di dalam sekolah hidup. Engkau telah tahu firasat,mengerti gerak geri manusia dan tahu ke mana tujuan jalan yang ditempuhnya. Oleh sebab itu segala pekerjaan yangengkau kerjakan itu kalau engkau suka lebih banyak akan membawa faedah dan lebih banyak tersingkir daripadabahaya. Satu detik daripada umurmu di masa tua, lebih mahal harganya daripada bertahun-tahun di zaman muda, sebab semuanya telah engkau lalui dengan pandangan yang terang dan pengalaman yang pahit.

Kalau badanmu sihat, senangkanlah hatimu!
Tandanya telah ternyata pada dirimu kekayaan Tuhan dan kemuliaan nikmatNya,lantaran badan yang sihat, mudahlah engkau mendaki bukit kesusahan dan menempuh padang kesulitan.
Kalau engkau sakit, senangkan pulalah hatimu!
Kerana sudah ternyata bahawa dirimu adalah medan tempat perjuangandi antara dua alam yang dijadikan Tuhan iaitu kesihatan dan kesakitan. Kemenangan akan terjadi kepada salah satuyang kuat, kesembuhan mesti datang sesudah perjuangan itu, baik kesembuhan dunia ataupun kesembuhan yang sejati.


Merasa senanglah selalu!
Merasa tenteramlah!

Wednesday, June 17, 2009


Bintang di langit
Kerlip engkau di sana
Memberi cahayanya di setiap insan
Malam yang dingin

Kuharap engkau datang
Memberi kerinduan di sela mimpi - mimpinya
Melangkah sendiri di tengah gelap malam
Hanya untuk mencuri jatuh sinaran

Tak terasa sang waktuMelewati hidupnya
Tanda pagi menjelang
Mengganti malam
Oh bintang tetaplah pastikan cahyanya
Sinari langkahku setiap saat

Bintang pun tersenyum
dengarkan pintaku
Berikan kecupan di sudut tidurnya