Pages

Wednesday, August 4, 2010

DIARI RAMADAN FALIK FITRI


memori gua dan falik fitri tak kan pernah terpadam sejak dari gua darjah tiga sampai bila bila.

NOVEMBER 1999

Falik fitri dan gua baru darjah tiga,
gua sekolah sungai korok dia sekolah seberang perak,
gua kelas tiga cerdas dia kelas 3 kenanga,
pastinya gua lagi solid dari dia,


Falik fitri petang petang meniaga kuih dengan air sirap depan shell. Dekat nak maghrib baru dia balik. Kesian pulak gua tengok.sambil kayuh basikal sambil makan kuih sendiri,memang sangat sangat "bersamamu". Bulan puasa pulak mak dia berenti buat kuih,gua rasa mungkin mak dia nak fokus pada terawih.

MALAM SATU RAMADAN

Sementara tunggu bilal tarik hi-not ajak semayang tarawih gua dengan falik fitri duduk bersandar dulu dekat tiang masjid. Pom pang pom pang kami ceritalebat. Gua selesa benar berforum dengan dia. Macam macam silibus kami teroka..dari topik telur masin sampai ke topik kad raya..Dari hal rumah tangga sampai ke tazkirah remaja gua bukak..Gua dan falik fitri gelak sampai terbit air mata.tiba tiba falik fitri sound gua,

"fizi,nanti kan aku rasa pak hang mesti masuk syurga,selalu mai masjid
,bukan macam pak aku,kerja tengok gusti saja.."

Gua balas tenang-"hang tak bulih cakap lagu tu,pak aku pun tengok gusti jugak..lagi satu pak hang baik,orang baik masuk syurga"-.gua jawab tanpa mengeluarkan dalil..budak darjah tiga macam gua memang dikira bawah kawalan jika masih tak reti baca jawi.

**

**

**

**

Gua dan falik fitri bangun beserta sedikit warm-up sebelum masuk ke saf budak-budak belum bersunat..Gua berdiri tegak gaya imam besar,sebelah gua syed. Sebelah kiri syed, faliq. Syed budak sekolah faliq jugak tapi tak masuk dengan kepala gua..Jenis kalau berbual saya-awak..apekejadah.

Rakaat pertama gua sempurna dengan segala rukun beserta tertib,masuk rakaat kedua..

Syaitan damien
menyelinap bawah lebai gua..


*


*

*

sambil semayang

gua pijak kaki syed..

syed pijak kaki gua balik..

gua pijak kaki syed lagi

falik pijak kaki syed

gua lock movement syed




dush!!!

syed tumbuk gua...-syed lari

adeiiii!!...

Gua dengan faliq fitri ligan syed..Syed lari laju macam haram..Gua dengan faliq fitri terus putar speed lima..Sampai depan pintu masjid syed hilang...


Ok,kita berpecah.-gua cakap macam dalam drama melayu..


Gua lari belakang stor masjid cari syed,.Habis berselerak besen masjid gua geledah. Tiba tiba muncul Pak Sahak belakang gua..Pak Sahak ni tok siak masjid,urusan masjid semua dia hendel..


HOI!!!!-jerkah pak sahak..


gua pucat,mulut terkatup.


zzzuuuuuppppp..kali ni gua dah terlupa nak kejar syed sebab pak sahak tengah kejar gua..dalam kes ni pak sahak lebih diberi authority berbanding syed..Gua lari ikut jalan belakang hala ke kubur.Jalan gelap tapi bagi kanak kanak mata terang macam gua apalah sangat..gua pecut tinggal pak sahak 2 tiang letrik.

tiba tiba..


**


**

POOOMMWMMMM!!!


Gua nampak Pak Sahak terduduk sambil tutup muka.Kondisi Pak Sahak mungkin kritikal tapi memandangkan situasi yang gua hadapi lebih klimaks,terus gua balik rumah makan nasik..



Habis saja tarawikh,gua pasang niat puasa dalam bahasa melayu macam yang mak ajar. Settle 3 pinggan nasik gua tapau,bapak gua tapau gua..Getah paip dihayun tepat ke tengah belakang gua.

**
sssaaapppppppp

**
ssssaaaapppppp

**
sssssaaaaaappp

..Biasa sangat!!!Hang tau dak pak sahak langgar signboard kubur ligan hampa..



ayat-ayat falik fitri terngiang-ngiang di telinga gua..ayah hang mesti masuk syurga.

-ah!hero kena cool,tak boleh nangis..getus gua dengan mata merah berair-air.



"Sahabat adalah orang yang pasti akan meninggalkan lu orang suatu
hari nanti dengan kenangan-gua"..







8 comments:

::cdot the dot:: said...

relax la..hero mana boleh nangis...

stiffler said...

apa barang muda muda pegi teraweh,time muda muda orang dok kalut main mercun..

CERITA LEBAT said...

cdot the dot-gua hero jambu kena la menangis sikit.

stiffler..lu muda muda lagi dah gelap..

Nur said...

salam salam.... terkenang zaman kecik2 main mercun masuk dalam kain.. indahnya..

miss keroppi said...

hehehe..lawak la cte nih~~

Linglung said...

hahahaha..cerita menarik bro!pak sahak langgar signboard kubur..haha

Anonymous said...

hahahahahahaa~
srabot doe hg piji!

CERITA LEBAT said...

nur->hehe..gua pun terngiang2 zaman muda2..

linglung..trima kasih bro..

anonymous..hahahah