Pages

Thursday, January 6, 2011

TRADISI AZAM TAHUN BARU

1996
Selaras dengan usia gua yang masih hijau, gua berazam nak kurangkan main parit,kurangkan tangkap berudu,supaya tahun berikutnya gua dapat fokus kepada aktiviti kerohanian seperti mengaji muqaddam dan iqra

1999
Gua berharap gua dah tak turun kelas pintar setelah 2 kali gua dapat nombor dekat dekat last dalam kelas..Perkara perkara seperti main kejar kejar dan main rebut tiang perlu gua stop bagi memberi laluan kepada matapelajaran sains serta kaedah membuat jeruk.

2001
Dah masuk darjah 5 ni gua slow2 nak berenti bawak bekal nasik ke sekolah,tekak gua sekali sekala nak merasa hotdog kantin dengan air sirap pulak..Baru la nampak gaya budak sekolah rendah yang KBKK serta indiependent.

2002
Gua nak hafal doa qunut dan ayat kursi dengan lebih fluent dah berazam tak mau tinggal semayang subuh.

2004
Harapan gua duit belanja sekolah meningkat kepada 70 % sekali dengan subsidi belanja kelas tambahan sebab gua dah masuk sekolah menengah..Aspek kewangan gua perlu lebih diberi perhatian bagi memberi ruang untuk gua petik henset yang lebih polyfonik serta ada kaler.

2007
Gua berdoa semoga result SPM tak buat celaka dengan gua.

2011
Harapan gua tahun ni.....gua ingat dah kena start angkat peti ais pagi pagi sebab tahun ni gua punya azam....


**

**


**Amacam?..perkara macam ni memang susah nak develop tapi ini baru azam yang betul betul daring..

7 comments:

♥ Juliana Violet ♥ said...

Gulp! Hee hee...
Vee takde azam tahun nie. :)
Happy new year. :)

Capiy@h said...

haahahahahhaah!!!tringat la skolah rendah... :D

CERITA LEBAT said...

kahkahkah..

yuyu said...

hahaha..gila arrr.aku boleh terkezutt dengan azam kau tahun ni..haha

yuyu said...

hahaha..gila arrr.aku boleh terkezutt dengan azam kau tahun ni..haha

CERITA LEBAT said...

hehehe....

NICK IRFAN said...

huh!. heheheh smoga berjaya