Pages

Friday, July 2, 2010

ini falsafah budak budak.

masa gua darjah nam dulu gua sekolah dekat jalan pegawai alor setaq.sekolah pagi no problem tapi sekolah petang(sekolah phardu ain) yang ada masalah..
bukan apa, sekolah agama petang gua ni pun bukannya ramai budak,sekejap ada sekejap takdak..
kadang kadang gua datang kadang kadang tak(masalah besar)..ada la dalam lima nam tujuh orang sekelas.macam biasa gua paling hero.

gua ni kira brader surau yang menjadi tauladan la disebabkan hanya gua yang mampu hapal azan,yang lain semua
tengah gila lagu asereje masa tu...apekejadah..

ustazah gua nama dia salmah,nama manjanya dia tak pernah dedah so gua panggil la dia "ustazah",.
kalau dia demam or malas nak datang,gua dengan budak2 nie terpaksa masuk kelas sebelah..

dalam kelas,perkara "foundation" yang gua sangat fokus bila belajar adalah skill "latest" lawan pemadam bersama
membe gua haikal..itulah rutin yang gua "highlight" gila..sampai peluh berderau2 kat dahi pun gua buat tak pedulik..
bekalan pemadam pulak sepenuhnya disponsor oleh koperasi sekolah dimana gua jugak adalah salah seorang "salesman" koperasi diwaktu pagi.

waktu rehat gua dimanfaatkan lagi dengan turun ke kem latihan
"sepak tin"..tin koka kola yang gua telah kemekkan gua niatkan sebagai bola adidas..penjaring terbanyak
biasanya "running" diantara gua dengan safwan..manakala kaki yang paling banyak berdarah jugak jatuh kepada gua dan safwan.

pemikiran gua masa tu tak lari jauh,antara main dan tengok tv saja..
hal ehwal cerakinkan nombor jauh sekali gua nak ambik port,itu kerja makwe2 sahaja..
badan gua masa tu dia punya tuff toksah cerita la,hari hari gua main permainan berat2..
kepala hotak gua sentiasa ligat memikirkan permainan yang lebih canggih dan mencabar bagi budak2 baya gua...
***
**
*
**
***
**
*
**
***
**
*
***
sedang leka gua perkosa digimon membe,ustazah sound gua lemah..

hafizi,awak nak masuk pertandingan hafazan?

hah?menatang apa tu..bunyi macam permainan baru(gua monolog dalm hati)..

"macam mana nak masuk?"~balas gua menunjukkan minat.digimon gua hempas ke meja,gua berlari mendapatkan ustazah.

gua tak tahu,mungkin ustazah nampak potensi gua.

*
*
*
*
*
*
*
hari yang dinantikan telah tiba..gua berasa semmart dengan busana yang dikenakan,kasut pallas bertompok hitam digayakan pulak dengan baju melayu kaler
putih serta berlebai bapak gua...gua melangkah megah walaupun tanpa pemadam didalam beg..
sekolah gua jadi tuan rumah pertandingan tilawah ngan
hafazan antara sekolah kalau tak silap gua.
ustazah salmah mempertaruhkan gua dengan sekelumit harapan bagi mengharumkan nama sekolah tanpa ada rasa bersalah..
*

*

*
puaka!! macam mana gua yang kena mula dulu ni..
tapi x pa,gua rilex selaku seorang hero yang tak berapa nak kisah.

gua alunkan surah dhuha yang tak berapa panjang dengan adunan tajwid dan taranum yang gua rasa tak ramai anak muda mampu capai,.
tiga orang juri berbisik sesama sendiri,mungkin mereka sedang memperbahaskan kehalusan seni suara gua..gua biarkan saja dengan sikap orang tua mereka..

*

*

*
selesai gua memperdengarkan apa yang patut,gua turun dan lepak disebelah ustazah..peserta ke dua naik ke pentas..
dia bantai surah yang lagi nipis dari gua~surah al ikhlas kalau tak silap gua..
~gua senyum manja....

peserta ketiga pulak bukak surah yang lagi basic dari gua,
~gua senyum kemas,,gua dah terbayang bayang naik atas podium percik kicap kat peminat gua..

~datang peserta yang keempat..
dia tarik yasin..
ah sudah,
kali ni gua senyum kelat betul..
gua cepat2 talipon bapak gua suruh datang ambik,,gua nak balik..

p/s;esok gua terus tak datang sekolah sebab gua rasa angan angan gua lebat sangat..

kontroversi imam muda



ideologi barat yang tersemat kemas di ulu hati gua kadangkala
menimbulkan kelam kabut jugak andai tidak
dikawal rapi,dalam erti kata petuturan gua yang lebih bersifat "indiependent".

***
habis game england germany,gua ketap gigi rapat2,kening gua bercantum bagai digam.
sekali henjut gua shout!!

dammmnn!!!

mama>>>damn tu apa benda??

gua balas dengan ilmu yang tak berapa nak ada,

dammn tu maksudnya "best" la ma..

**
*
mak gua capai remote petik 106 dengan nada perli..
apa jua cara gua kena tengok jugak ni..

p/s;mama jgn bimbang,nnti orang jadi imam muda episod dua..
gua masuk bilik,repair tajwid dengan taranum rapi rapi~chill..

Thursday, July 1, 2010

diskaveri of sungai melaka.




Suatu pagi sekitar tahun 2003,langit kelabu nipis,salji macam nak jadi tak jadi,
kucing kucing dah start warm-up,burung hantu mula packing barang nak chow,
sunlight suluh tepat biji mata gua..
gua berguling tutup muka dengan bantal gaya frust awek-awek dalam tv menangis..
malas betul gua nak bangun cuti cuti ni,tak abang2 langsung..
gua turning kepala menghadap jam dinding~
***
**
*
durjana sungguh!!

macam mana gua boleh lupa.
dengan pantas gua terjun dari katil lantas melakukan pendaratan yang kurang sempurna bagi menjimatkan masa..
gua berlari anak ke bilik air untuk mencuci apa yang patut.
*

*

*
disebabkan gua tak ada masa untuk mengambil breakfast yang "satisfikated",sebagai alternatif yang "ekselen"
gua kebas syiling dalam kereta yang bapak gua buat bayar parking..
time ni mana ada guna benda alah kupon lagi,
semua guna tiang kaler hijau kepala dua yang ada lubang bubuh duit kat tengah..

biasanya gua hanya guna syiling ni untuk beli jajan "super ring" dan bakinya gua akan main tikam dimana
lebih gemar berakhir dengan tragis "terima kasih".
tapi disebabkan sifat tak putus asa dan sering mencuba betul betul mengeraskan kepala gua.
syiling2 tu gua lepas dalam kocek pelan2 takut bunyi sambil gua jalan dengan tapak tangan kanan tekup kemas
dekat seluar bimbang kalau2 terkeluar bunyi yang boleh menjahanamkan misi serta disusuli dengan
penyangkut baju di tengah belakang..
*
*
*
molek2 saja sampai di rumah gemok, gua dah nampak dia sedang tune kaki sarung kedalam selipar
sambil galas beg sekolah swan..

~what the hal lu nak buat dengan beg sekolah ni woi~gua sound dengan nada seorang kenalan.
-gua ada bawak sandwich sendiri dengan aiskrim soda,~balas mok dengan anak mata yang melilau.
kali ni suara gua betul tertampan di kerongkong.pandai betul gemok saiko gua dengan makanan.

gua ngan gemok ke rumah zaid dengan transport prewel mati yang didaftarkan atas nama gemok.
mengejutkan zaid pagi pagi ni bukanlah satu idea yang nasional fikir gua..

zaid merupakan seorang junior berdarah mamak yang paling cepat melenting,jiwanya penuh dengan api gelisah.mak dia ni ustazah yang paling indie kat sungai udang.
dalam lipatan rekod,keningnya pernah sekali tercabut terkena bidikan kemal.
satu lagi sifat buruk zaid yang gua discover adalah suka memijak tahi kucing dengan sengaja sebelum memijak kaki gua dengan nada bergurau.~selalunya gua balas terus dengan buah penamat undertaker.
...
..
.
alamak,gua nak kena pegi mandikan beruang peliharaan kejap,
nanti gua sambung lebat lagi ok,chill~

piala dunia dari spek mata gua

seumur hidup gua sebagai penyerang skuad tanjong agas fc,tahun ni genapla 6 edisi piala dunia nama gua digugurkan daripada pasukan argentina..mungkin kali ni alasan yang lebih munasabah gua "esep" dari maradona yakni memberi peluang kepada messi untuk mencipta nama..berair jugak biji mata gua nak telan kenyataan yang really2 "scretch" reputasi gua selaku striker berwibawa..

***
**
*
sejak piala dunia ni waktu ibadah fardu ain gua betul jatuh time masa kecederaan,yang paling terang sekali waktu subuh gua..matahari dah setting baik atas kepala baru gua jaga...

masa2 yang gua luangkan untuk beriadah didepan komputer riba dah tak berapa terjaga..pakcik google,facebook kadang2 tegur jugak tapi macam biasa kepala gua ni solid sikit..

**
gua nak kena pegi sain buku rekod adik gua kejap..
p/s:sory la kalau gua cerita lebat sgt kali ni,biasala orang kedah ni dia punya semangat lain macam...kalau bersembang feel dia macam nak bantai orang,dia punya berani tahap boleh makan nazi,mengumpat jarang2,tapi kerap mengaji...gua out dulu k~chill~

Thursday, June 10, 2010

sumpahan facebook

mahatma ghandi pernah berkata kepada gua dengan nada separa berbisik ” yellea enne kichie facebooke nandre vathukel”.-gua angguk kemas..

************************************************************

sekali klik gua tutup chatbox fb,gua bukak blogsepot…

ini arahan orang lama,sumpah gua tak berani lawan...

-fb buang masa lu woi..




Sunday, April 18, 2010

gua melaporkan dari puncak gunung berapi

gua toleh kiri kanan takot2 kalau ada kapal terbang melintas...cepat2 gua lari usung passport masuk kokpit...sebelum naik gua sempat riki bodykit kapal terbang..gua rase kapal terbang ni barang 2nd hand,cepat barai macam kereta proton,kompom manual,kuat2 pun semi auto..barang murah...langgar sikit kemek,macam tin milo...masing2 xmau main peranan buat kapal terbang...buat tak ikhlas,hasilnya macam origami...

gua amik seat belakang skali macam biasa gua naik bas balik tanjung agas,baru namapak abang2..ngam2 pilot masuk gear 4 gua pejam mate rapat2......
gua tido.......~takkan ni pun gua nak kene story~

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

gedebuk!!!tayar kapal hempuk landasan,gua gelabah pakai seat belt..sedang pramugari berleter kat depan, gua cover muka bangun tidur dengan gaya buat2 bersin padahal gua nak buang taik mata...pilot hari tu brek kemas dan mantap, berenti sebelum jejak line kuning menepati spesifikasi seorang drebar kapat terbang....tapak kasut gua da tak sabar nak pijak indon..

~selamat datang mas~
sapa sorg pramugari tua,gua tenung dressing dia....tudung labuh paras dada digayakan dengan skirt paras lutut dan kasut bertumit tinggi..pehhh...anggun habis!!..kitab fekah mana dia baca gua akan siasat .....
wa dah tak tahan,lepas ja gua settle ngan brader imegressen,gua cari tandas....mata gua meliar tengok kalau2 ada bawang putih follow gua,.
gua sedih banget sih lihatin kondisi airport medan..macam stesen bas tangkak masa tahun 1990...kalau tandas kat KLIA guna sensor,tandas kat medan still bepegang teguh pada getah paip..sama macam tandas kat pekan rabu time cuti sekolah...dalam airpot bising gila..ludah2 jadi hobi tegar,belum campur brader jual rojak sengkuang dalam airpot lagi...~kalau la karam singh walia ikut gua mesti lenguh tangan dia..~

hari pertama gua di medan bermula dengan hebat....

14 april 2010~INDONESIA~kat sini tak ada satu malaysia,tak ada berita harian,tak ada maxis,tak ada najib tak ada anwar tak ada paklah tak ada nik aziz,tak ada altantuya,tak ada apa2.....terus terang gua bilang taraf hidup kat sini sama macam daerah hulu tembeling zaman pasca merdeka...yang paling gua tak sure budak2 ni dapat ke tak buku teks..wa cukup prihatin dalam memainkan sentimen2 pendidikan ni....

jalan kat sini gila daif..masing2 tak memikirkan perasaan samy vellu kalau dia tawu jalan bapak hodoh..langsung tak ada line...ikut suka hati nak potong kanan kiri atas bawah..ada satu jam gua nampak sorang brader drive kapcai sama dia punya cowok bukan takat tak pakai helmet,x pakai baju terus...itu jam jugak gua terasa nak text sama budak rempit KL jgn main2 sangat,training lebih jam sket...~gua rindu bini gua kat ganu~=(
...



Sunday, April 4, 2010

gempur ahli sindiket


gua rasa mngkin da smpai seru utk wa kutuk mmbe2 gua..gua susah hati tgk dorg senang hati sgt..gua igt nt klu wa ade duit lebih gua nak hantar budak2 ni masuk PLKN..gua nak dorg berubah..

Yang cube nak lari dari gambar diatas gua pnggil dy epul..gua rase dy la yg pling expert dlm jurusan repair2 laptop ni..gua suspek gua customer dy, laptop gua x hidup bwk gi kat dy,then dy cucuk plug, then laptop gua terus hidup..terrek kan dy?...macam mana pun gua x kira,bg gua dy tetap berkuasa dlm bidang repair laptop nih,tp smpai skrg wa x taw cmne laptop dy boleh jahanam...mule2 pasang satu cooler pad,pastu dua,pastu tambah lg ngan kipas angin meja,.,b4 ajal laptop dy sampai wa pegang wa rase sejuk sangat,naluri wa da dpt rase yg laptop dy da nk sampai mase,gua x ckp byk wa pesan suruh dy beli laptop kayu je pasni...



Yang tgh pegang beg plastik tu gua panggil dy jat,,dy slalu tipu gua dy cite kat gua yg dy la paling hensem kat kuantan.. mule2 caye tp lame2 gua pon da start simpan syak wasangka bile dy da slalu cite lebat ngan gua...dy cte gua dy penah pukul budak tp gua tgk dy nak start ex5 pon 3-4 kali tarik napas..dy cte kat gua awek kmj usha dy tp wa tgk kat utm bapuk pon x pndang dy..tp dy pown tetap idola gua sbb bila dy becakap boleh buat wa ternganga,sampai gua sedar wa kena tipu baru wa ttup mulut balik...
p/s:baru ni dy story kat wa dy ade 125z sbijik kat umah..gua ttup mulut awal2...

Yang pakai cap putih sebelah gua ni name dy Paob..ni la bestfren gua,org kampung gua merangkap classmate gua..dy punya advantage mmg xdpt gua tepis..padu!!..ada satu kelebihan dy yg sama mcm wa,;xpenah tibai megi sebungkus,xpenah bancuh oligo koko sepeket,xpenah makan x habis n slu tibai makanan membe wa yg mengamalkan diet che rozmey..n sentiasa qada hajat sharp pd timenya..xmiss walaupun sminit waktu kecederaan..satu lg amalan beliau yg wa xdpt lupa adalah sentiasa membaca komik one piece diwaktu kritikal tatkala tension..lu bestpren wa,wa syg lu paob..
p/s:semalam kami tibai duit lu beli roti canai..sorry,kami nak ckp tp ko tido..



Yang tengah senyum lebar tu haa rumate wa..paqih..dy punya kelebihan tlg ambik kira..dy ada rekod guiness makan ayam penyet pling kerap ok..wa respect gila ngan dy,wa slalu tibai gatsby dy pagi2 tp dy masih lg senyum mesra ngan wa..wa paling minat time dy order burger..yang wa xpenah dgr dy oder lg mcm ni"bang,tolong bagi benjo tanpa telur satu..bungkus elok2 ok"..unik kn?..wa pling sayang dy sbb slu bg wa knyang,..kdg2 wa rsa nak buat dy jadi bini wa tp wa da kapel la..kah3..

Yang tgh pegang kepala tu wa panggil dy pol,dy punya kehebatan tolong catat skrg jgk..dy boleh tido 12jam tanpa henti,setakat 2 hari x nmpak matahari mmg standad dy la tu..wa mmg byk kenangan manis ngan dy,wa penah main mercun tebuan dlm bilik dy sampai lubang jersi dy..wa tgk dy senyum nipis kat wa tp wa x gentar sbb wa tawu dy x berani marah kat wa...dy syg wa...
wa slu dpt msj yg mmg tiap2 pagi wa tggu dari dy,:ji,bungkuskan aku nasi bleh?,,sbb tu la dy syg wa kot..keh2..
P/S:smpai skrg wa x taw cmne dy blaja dlm tido sbb dy panda giler dari wa..wa pasrah...



Yang sebelah mangsa mercun tebuan wa tu la nama dy apiz..ni pon org kampung wa jugak..wa tension ngan dy sbb slu kutuk wa nyanyi x bersungguh2..padahal wa tarik da separuh nyawa da..tp wa suka gaya dy isap rokok,skali imbas macam sanjay dutt,tp dua kali pandang wa nmpak dy..celaka..wa pown pnah ada rekod jahanamkan rambut dy dlu,tp wa simpan dlm lipatan kenangan manis wa..hik2..
P/S:lu idola wa jugak tau...plz jaga diri..

Yang sebelah sanjay dutt td nama dy wa count pali..tp dy boboi wa..ramai membe wa ckp wa awek dy cun maa..dy la paling cekang kalau main game,setakat PES dy makan wa smbil pejam mate je.. kdg2 wa kcik ati tgk dy pakai everton lawan wa,tp wa xleyh ckp banyak sbb ngan everton dy pon wa x lepas..wa da bengang wa tendang bekas abu rokok kat bilik dy pastu wa ajak rumate dy lwn wa..baru wa senang hati,,klu wa kalah jugak wa saje hempas pintu bilik dy kuat2 pastu wa kluar gi makan dadih..baru wa btul2 senang hati..

Yang pakai spek saiz 9 tu la anak imam..dy baik punya budak,wa slu naik kete dy tp dy x penah mintak duit sewa or duit minyak gas kete..dy punye cite rase wa da tulis smalam..keh2..wa suke la lu punye myvi oren,habis blaja nt wa igt nak angkat satu..

Yang pakai cap hitam sebelah wa tu wa pnggil dy hasrol..dy la simbolik wakaf stan,mmg nahas la bdk2 KB klu x kenal dy ..nama dy mashur smpai ke grik..wa pnah dgr org sebut nama dy kat daerah janda baik..kebolehan dy klu dy ceramah kat wa mmg la wa tunduk malu..wa redha,tp klu dy sembang pasal KAFA mmg wa tegang urat leher ngan dy...wa dgr cita dy da cabut side mirror LC..wa berusaha sedaya upaya nak selamat kn dy dri gejala rempit tp roy2,hati ko keras..~ku jejak....

Yang x kene kutuk ngan wa jgn igt lu olang lepas..wa cume xnak bazir mase,wa nak study plak..nt wa da gradduate,wa nak belanje korg mkn gearbox kat pesta konvo..

Saturday, April 3, 2010

ke kedai mamak.....







Hari ni seperti yg anak imam dan anak bilal janjikan ngan wa,lepas semayang jumaat kate dorg nak bawak wa gi makan kat kedai mamak sebelah shell..wa x sabar..
wa gelabah cari selipar lepas pak imam kasi salam ...wa jalan smbil anak mata wa tgk kiri kanan cari myvi oren anak imam...dlm kocek wa ade rm3,..wa tuang habuk ngan resit saman dlm dompet,wa isi duit...wa senang hati .....

plat dy yg depan wa igt NCF ****

***********************************************
slow2 wa tutup dlm nada menghempas pintu myvi anak imam,beliau jeling manja tgk wa...wa senyum kambing sambil pandang keluar tingkap usha maknyah balik smayang jumaat....rambut karat tp pakai songkok...mcm cilaka...apa la nak jadi ngan bini dorg nt..anak bilal duk sebelah wa,sedut nusantara dlm keta,tp silap wa jugak x pernah nak memperkenalkn silat satu malaysia kat dia....wa dah mula memikirkan kesuburan wa nt selepas jd mangsa perokok tegar...mampu ke wa buat baby mcm jiran wa nt....tp wa x kisah sbb baby wa nt msti hensem macam wa jgk..wa x kata wa hensem tp awek wa penah kata dulu...

***********************************************
smpai ja shell baru wa terpikir,yg sebelah shell mana ada kedai mamak...KEDAI MA MC D ada la...puaka punya anak imam,kocek wa ada rm 3 ja...jauh disudut hati wa mmg trsimpan keinginan nak sekel pale anak imam time tu...tp wa pikir panjang...wa tgk anak imam pakai baju melayu,seluar slack ngan selipar jepun mmbuatkan wa x sampai hati..wa pikir lg skali..nasib baik wa pikir panjang okay....

**********************************************
smpai ja kaunter wa tgk akak tu pandang anak imam lain macam...tp yg wa taw anak imam pakai baju melayu msuk MC D...wa tgk anak bilal da start nak bukak butang baju melayu...keh2...

berikut bberapa soalan akak kaunter MCd yg wa rasa selesa utk wa jwb kat sini...

MCD:hello selamat dtg,makan sini ke??
wa :oh ya selamat dtg kembali,saya tak makan kat sini,saya makan kat meja hujung sana..

MCD:ayam nak spicy or original??
wa :wa nak ayam yang banyak isi,xnak hati or hempedu, mak wa x bg makan..nt bodoh,belajar x masuk,nt xdengar ckp org tua2,hati jd keras,
...............................jelas wa panjang lebar...~wa dah nmpak tindak tanduk akak tu nak berhenti kerja~


************************************************

wa pau duit anak bilal,wa tibai ayam 2 ketul,wa balik,wa tido....

p/s:sebelum wa pejam mata,wa nmpak anak imam ngan anak bilal ngah ngayat awek kat facebook....

p/s:
bagaimana beliau boleh menambahkan tension wa
setiap kali wa baca paper..
setiap kali wa nak bukak tv..
juga setiap kali wa maen facebook..

Tuesday, March 30, 2010

~idola sejati~


mamat ni sngt mistik...
xramai kutu warung cam sbb mamat ni profile rendah..
xramai kutu siber kenal sbb mamat ni xdak profile facebooks dulu...
ada frenster tapi jarang bukak profile....
sbb tu profile diri mamat ni sgt misteri....
sgt profilik...
tp dgr cita mamat ni skrg dah ada profile facebooks...

*******************************************

mamat ni dulu skema,
pegi skolah bawak bekal,
peksa slu dapat no 1,
hari jumaat potong kuku,
kasut skolah tiap2 hari kapur..
pagi2 cium tgn adik skali sebelum pi skolah..
mesyuarat PIBG mak bapak kompom dtg...
buku rekod x penah sain sniri..
tp skg dgr cita mamat ni da lain...

mamat ni masa kecik cita2 nak jd polis..
sbb tepengaruh ngan gerak khas...
dy punya idola inspektor aleeza...
mamat ni layan r0da2 kota raya jugak dulu...
zaman pasca kegemilangan A.galak...
tp dgr cita mamat ni skrg dah tukar cita2...

mamat ni suka layan cita koboi jugak dulu
stakat sut koboi dy ada 5...
complete set ngan pistol semi auto..
mamat ni rela menangis depan kamdar klu x dapat baju koboi..
tp mamat ni biasanya ok balik lpas dapat pelempang secukup rasa..

tp dgr cita mamat ni skrg dah besar..
rambut dah pacak..
seluar da cutting fit..
da pandai simpan sideburn...
bulu kaki da boleh sikat..
da pandai kapel2...

*************************************
mamat ni punya kelebihan tolong jgn buat main...
dia punya jelita memang out...
dia punya vokal memang picing lari jauh...
dia punya poket memang sentiasa berabuk...

tp dia tetap idola sejati gua,,,,,
smpai bila2...
******************************************

Thursday, March 11, 2010

diputarkan>>"f.a.l.l f.o.r y.o.u"


The best thing about tonight's that we're not fighting
Could it be that we have been this way before
I know you don't think that I am trying
I know you're wearing thin down to the core

But hold your breathe
Because tonight will be the night
That I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
You're impossible to find

This is not what I intended
I always swore to you I'd never fall apart
You always thought that I was stronger
I may have failed but I have loved you from the start

Oh, But hold your breathe
Because tonight will be the night
That I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
It's impossible
So breathe in so deep
Breathe me in
I'm yours to keep
And hold on to your words
Cause talk is cheap
And remember me tonight
When you're asleep

Because tonight will be the night
That I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find

~entry buat sang puteri~



saya minta maaf sbb malam ini,,,
saya sgt sedih,
saya tahu kamu juga sedih,
saya terlalu mncintai kamu..
saya terlalu merindui kamu..
saya akan menjaga kamu...
saya akan menyayangi kamu,
dalam tidur dan jaga kamu,
dalam susah dan senang kamu,
dalam suka dan duka kamu,
dalam hidup dan mati saya..
....
saya sgt merindui kamu...

Wednesday, March 10, 2010

~hujan kabus di kaki ledang~


7 pagi,
lepas lipat sejadah,
aku intai tingkap,
sejuk amat,..
aku tanggal spek,
tanpa memikirkan
masa depan,
aku tarik selimut........
sekian aku melaporkan dari JMC..
~18 tahun yg manis berakhir di johor~

Thursday, January 14, 2010

Monday, December 28, 2009

ini cerita ekonomi


terkenang2 tabung gua dlu,dari bekas air gua tebuk rapi ..selotep ketat2.
klu gua isi duit msti berbau oren je duit..tp tabung tu x pernah penuh mybe sbb gua pndai korek tabung jgk kot!

-gua teringat yg gua hnya pegi bank lepas raye suatu masa dulu..
tu pun klu nasib baik dpt la gua in-kan seratus..bangga mase tu,
pakai baju masuk dlm g bank,siap tempek bedak kat muka..

putihnya hati si buta


disember 09~alor setar~
gua jln2 kat pekan rabu....ambik angin n mlepas slow2..beg duit yilek..tp mcm biasa,gua tak goyang....angin tiup slow2, bterabur la jgk daun2 kering...sekali sekala feel macam kat luar negara.

ya..gua terus kn bjalan..naik jejambat yg slalu gua naek mase g beli baju skolah kat kamdar dlu..dari dulu smpai skrg tak tggi2 pun...turun dri jejambat,gua nampak sorg org tua...pakai spek mata itam ala john abraham..tp pakai kopiah..

mcm pnah nampak dy...gua kenal spek tu..ha!gua kenal beliau....
*************************************

mei 1999~pasar besar alor setar~
bapak dengan selamba ja angkut aku sruh teman dy g pasar...gua ikut dgn muncunggnya...smpai kat pasar,bpk kasi tongakt dy pnye honda fame,gua jln smbil seret slipar..dlm hati nk ja gua ckp yg gua nk tgk tb td tp tkot la plak bpak marah......

syok punye leka gua tgk maenan kat stu kedai tu...fuhhh..yoyo la,kete dash la..mcm2 r..nasib time tu duit kutu gua lom in lg ...

alamak!!!alih2 gua tgk bpk dah ilang..!!..bederau darah kanak2 msa tu..puas gua cari....rase mcm nak mngis ja..bru trgt nak syg bpk...gua jln ngan muke sebek skali..

tiba2 gua nmpak sorg pakcik buta ngah nyanyi...gua tak pasti dy ngah tarik lagu apa,yg pasti aku nmpak dy ngah pgg micropon..gua g kat dy ngan muke sedih skali...gua ckp kat dy,"pakcik buleh dak tulung cari pak saya,pak saya nama hamid?"..pakcik tu tersentak mse gua tnye..mntak maaf la pakcik if aku potong stimmko..bisik aku dlm hati

**********************************************************
n skrg dah 10 tahun gua tggal dy,dy masih kuat,still berusaha utk hidup..
klu la dy leh nampak...mesti dy akan kenal gua..bdk yg dy pnah selamat
sploh tahun dulu..~~trima kasih pakcik buta yg baik hati..~~