
"Lebaran terasa kesayuan
Lebaran takbir bersahutan
Lebaran memuji keagungan
Bergema suara syukuri nikmat Tuhan"
Masa gua darjah dua dulu ada jugak gua main kirim kad raya.Kakak gua beli sedozen kad raya dekat sekolah balik buat bisnes dengan adik beradik.,
Gua angkat sampai tiga keping padahal nak hantar dekat sapa pun gua tak tahu.Gua pilih tiga tiga keping gambar meriam,tak ada satu pun gambar masid.Zaman tu gua mana la konsisten lagi dalam bab bab kerohanian ni.
Selesai urusan jual beli gua terasa macam nak maki diri sendiri pun ada.
Gua ni tulis nama sendiri pun suruh ibu, macam mana nak tulis kad raya..Tindakan gua beli kad raya tadi memang bangang.Kalau suruh orang lain tulis tak nampak asli pulak..Nak jadi hero punya pasal terpaksa la gua buat sendiri..
Gua koyak buku garis satu mukasurat tengah,gua bawak pensil berkepala pemadam,gua suruh kak husna buat "draft",nanti gua nak salin balik..Gua pesan dekat dia tulis yang bernas bernas,jangan merapu,jangan mencarut, dan jangan panjang sangat,gua nak hantar dekat orang tua tua..
Gua salin alamat dekat surat jemputan mesyuarat PIBG ,gua jumpa dalam beg sekolah,
*
*
"Encik Fadzalih Mahmud,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Korok,
Jalan Pegawai,05050,Al0r Setar,Kedah Darul Aman.
Assalamualaikum
Selamat hari raya
pecah kaca pecah gelas,
lepas baca harap balas."
Bila ingat balik,gua rasa macam nak terjun bangunan saja.Malu gila.sanggup gua jual pantun celaka macam tu dekat dia tanpa sebarang rasa bersalah.Gua sendiri tak tahu apa perasaan seorang cikgu tua dapat kad raya gambar meriam buluh dengan pantun haram macam tu.Kalau gua dekat tempat dia gua akan bersara.
p/s: TAHUN TU GURU BESAR GUA TAK BALAS PUN KAD RAYA GUA.LAGI DUA KAD RAYA GUA BAGI IBU DEKAT DAPUR DAN LAGI SATU GUA SIMPAN SEBAB GAMBAR DIA STAIL..LEPAS TU GUA DAH TAK PERNAH HANTAR KAD RAYA KAT SAPA SAPA LAGI SAMPAI LA TAHUN LEPAS GUA ADA BAGI DEKAT CIK DAISY SEKEPING.
