Pages

Wednesday, November 3, 2010

Hujan Di Penghujung Disember

gambar gua dengan adik gua tahun 1996,

Kalau itu jam gua ada fesbuk memang gua snap 7 8 keping gambar buat profile picture..Gua nak posing gaya mulut muncung sambil jari tunjuk peace..Baru makwe makwe tadika sangkut sorang dua..Lepas tu gua nak snap gambar depan cermin tandas shoping kompleks sambil buat muka perasan kiut..Macam celaka punya kiut..


Kalau tak cukup menyengat gua bagi follow up dengan status hot pulak..Tiap tiap jam update gua punya status..status fesbuk gua akan pastikan lebih bercorak jambu..auuuw..kompom mau 3 4 ratus makwe menangis sambil add gua on de spot..


Tapi sekarang bagi gua fesbuk lebih kepada wadah pelingkup belia masakini..Makin jahanam budak budak gua tengok..Ok gua stop pasal dulu fesbuk..


Berbalik kepada gambar,sebelah kiri yang duduk kepit macam lepas pekena kacip fatimah tu adalah gua..Cute memang tak boleh nak lawan..Gigabait punya kiut..Sapa rasa dia lagi kiut dipersilakan tampil gua nak belasah lama lama..


Gua masa ni di alor setar,depan masjid zahir..Umur gua dalam nam tahun,cakap pun tak tentu hala lagi,tapi dah pandai posing..Sebelah kiri pulak adik gua,badan sedap sedap dan selalu bantai gua..puaka betul..Garang macam gampang tapi gua tak ambil peduli sangat..Gua biarkan dia garang sorang sorang..


semalam yang lebat telah meninggalkan gua.-disember 1996

Tuesday, October 12, 2010

Sepagi Di Sekolah Menengah

Pagi itu macam pagi biasa.tak ada yang luar biasa..

Gua bangun dalam pukul enam yakni waktu piawai seorang remaja berjiwa padu..Selesai semayang subuh gua wirid ala kadar sampai terbit fajar sidiq..Settle urusan kerohanian,gua capai beg sekolah..Dah 3 hari gua tak bukak beg sekolah..Hal hal duniawi ni gua malas nak ambik kisah.

Pelan pelan gua sorong basikal sampai kepintu pagar,


Ahh..tayar kepek pulak..

Gua gelabah puyuh pam basikal..Settle kerja gua campak pam naik atas bumbung..Lambat punya pasal babai mak abah gua belakang kira..Gua putar speed lima dan kayuh basikal macam nak kejar pontianak..Bukan apa,kalau sampai sekolah lambat tiga kali mau kena penampar dengan ustaz shaari..falsafah hidup gua kena penampar bukanlah sesuatu yang harmoni.

Yes!.

Gua sampai on time...

**

**

**

Dalam kelas gua cuma tunggu dua benda..Satu, tunggu waktu rehat,lagi satu gua tunggu waktu balik..Algebra awal awal lagi gua dah tolak tepi...Gua lebih afdhol melayan konsert dalam perut sambil tunggu waktu rehat..

**

**

krinnggg......!!

**

Berdesup gua lari keluar kelas..Dari tingkat 4 gua terjun gaya bebas dan berlari ke kantin..Lapar macam ni memang dah tak boleh nak buat apa...

Gua seluk kocek kanan petik duit belanja..ah..

peluh bercerau cerau..seluk poket kiri pulak....demn!!..darah kali ni betul betul berderau..


**

Situasi tak bawak duit sekolah memang boleh gua klasifikasikan sebagai situasi maut..Bagi budak budak surau memang boleh dihandel dengan niat puasa tapi bagi hantu macam gua....Gua tangani dengan makian jauh disudut hati..


Walaupun seringgit setengah sangat berharga..Lepas satu hari dekat sekolah..Tapi sekarang kalau gua bawak seringgit setengah gua hanya dapat kuaci cap bunga..wadehell..

p/s: sejarah membuatkan lu lebih menghargai hidup(lebat,2010)


mengamuk: tak ada kena mengena dengan cerita gua


Thursday, October 7, 2010

Entri Abah Abah.

"Abah abah"....Jerit aiman di suatu petang sekitar tahun 2020 kepada gua...angin bertiup lembut disusuli terik mentari senja..Pokok pokok bunga cik daisy meliuk lentok seolah olah mengikut melodi angin..bayu petang betul betul mendamaikan hati gua..


Abah,aiman nak kayuh basikal dekat depan sana boleh?.teriak aiman separuh girang..dari sinar matanya sudah cukup menampakkan kehenseman yang diwarisi bapanya..


Pergilah wahai anakku..kayuhlah sampai ke lebuh raya,abah tak kisah..


Budak budak kalau gua biarkan depan tv maka bodoh dan lembiklah jadinya..Badannya dipukau tilam toto dan bantal busuk,kepala otaknya diperangkap ultraman dan doremon,nuraninya dipenjara putera shazlan dan atashinchi,nafsunya pula didedah dengan iklan smartshop yang mencelah..Andai dipedulikan arakian bengaplah anak gua sebagai konklusi.


Engkau masih mentah wahai puteraku,pergilah...


Gua biarkan anak gua meneroka disetiap penjuru alam,biarkan dia tahu selok belok dunia.Supaya nanti dia akan sedar,dunia bukan lah semudah botol susu dan pampers.


gua kembali mengirup kopi cik daisy diselang seli suaranya...


**


**


selang beberapa jam..

di kejauhan gua nampak aiman menunutun basikalnya pulang..
perlahan lahan dia melentok di bahu cik daisy..


**

suara merdunya tiba tiba memecah sepi

**

"abah abah...aiman nak tengok upin dengan ipin pulak boleh"?..


gua tunduk memandang selipar sambil memikirkan jalan yang lebih konservatif dalam mendidik anak anak.

Monday, October 4, 2010

BERSAMA PAKAR SAKIT TUAN.-CERITALEBAT

Mulai minggu ni blog gua akan ada segmen "luahan perasaan bersama ceritalebat". Segala soalan boleh tanya gua via fesbuk untuk kemaslhatan bersama.


Soalan pilihan minggu ini..


Saudara,
Saya berumur 18 tahun dan baru menamatkan SPM ..Kini saya bekerja disebuah kilang di utara tanah air.Untuk makluman saudara saya bolehlah dikategorikan sebagai minah kilang yang cantik jelita..Bukan orang yang kata saya cantik,saya sendiri kata..


Masalah saya bermula semenjak saya mula berkenalan dengan jejaka A..Jejaka A mempunyai budi pekerti yang sopan santun gitu.rambut pun belah tengah dan sentiasa pakai kemeja kotak masuk dalam seluar..Saya begitu teruja dengan karakter jejaka A dan mula menyayangi dia..Namun apakan daya,keluarga saya menolak A kerana A adalah seorang bangla..saya kecewa.


Tanpa pengetahuan A dan keluarga saya, saya mula menjalin hubungan sulit dengan B..B juga berkerja berhampiran kilang saya..B mempunyai susuk tubuh yang sasa,misai yang ganteng serta punggung yang kukuh.Terus terang saya nyatakan setiap kali bersama B saya dapat melupakan kekecewaan terhadap A..Namun sekali lagi keluarga menolak pilihan saya hanya dengan alasan B adalah mat indon.


Saya sangat sedih dan terlalu kecewa..Saya tahu saya gadis yang cantik tetapi sangat sukar bagi saya membuat pilihan antara bangla dan indon..saya pening dan buntu...bantulah saya lebat..


-katty90-..(khatijah abu)


jawapan..
Khatijah,saya mulakan dari masalah awak yang kecil dulu ok..Saya tahu awak sangat cantik namun awak sedang buntu dan pening sekarang,saya syorkan awak menghempuk kepala awak ke tiang elektrik untuk menghilangkan rasa pening itu..


Bagi masalah awak yang kedua,seharusnya wanita yang cantik jelita seperti awak ini dingorat lelaki dari new zealand,bukan dari new delhi..dalam soal membuat pilihan pula,ibu bapak awak tidak boleh menolak orang sesuka hati kerana belum tentu ketiak bapak awak lebih wangi dari ketiak bangla berkenaan.


Sebagai kesimpulan dan ikhtiar yang terakhir,seelok eloknya saya syorkan awak bunuh diri kerana bagi saya tidak ada yang lebih lingkup selain berkahwin dengan lelaki indon..

salam satu malaysia.


p/s:..sory lama gila gua tak update blog,kerja banyak.

Monday, September 27, 2010

NATIONAL GEOGRAPHIC MELAYU.


Tahun 199o-an

Bapak gua zaman ni memang tengah fanatik dengan cerita binatang..Selamat pagi malaysia dengan Buletin utama semua bapak gua tolak tepi..Gua sebagai jeneral bapak gua pun ikut "hi" sekali dengan dia..Pantang ada national geographic terus gua dengan bapak gua duduk depan tv siap dengan buku catatan..



Tiap tiap minggu cerita pasal lain lain binatang..Gajah,singa,beruk,cengkerik,ikan puyu,cicak tokek semua gua layan..Biasanya lepas habis cerita gua akan tanya bapak gua beberapa soalan yang gua rasa gua tak dapat tangkap masa menonton..Bapak gua kadang kadang bagi jawapan boleh tahan gugle jugak gua tengok.



Minggu tu cerita pasal gajah..Habis siaran gua mula kemuka soalan kat bapak gua.


Gua-> ayah,gajah ngan harimau bintang sapa lagi kuat?

Bapak gua jawab sekali napas

"Gajah ni dia punya speed tak berapa nak pergi,tapi kalau dia duduk atas harimau bintang boleh barai rimau terkeluar taik."

Gua-> owh..

**

gua dapat jawapan yang memuaskan..



Minggu seterusnya cerita pasal beruang pulak..alhamdulillah gua faham secara solid dan tak ada apa nak tanya..

**

Minggu sekali lagi cerita pasal ikan jerung..

**

Gua mula kucar kacir..Gua belum study lagi hal ikan jerung..Gua nak tau jugak dia duduk kat gua mana,beranak ka bertelur,vetebrata ka tak vetebrata,fotosentisis ka fotogenik..Gua kena ambik tau jugak semua tu..

settle menonton terus gua claim soalan kat bapak..

Gua->..ayah,ikan jerung dengan harimau bintang sapa lagi kuat?

Bapak->..uuiii..ikan jerung mana boleh lawan dengan harimau bintang..ikan jerung tu pendekar laut,mana boleh senang senang naik darat..

Gua->..gua "owh" lagi sekali..



p/s: apasal gua masa kecik bengap melampau lampau ah.

Sunday, September 26, 2010

CERITA BENAR YANG PALING "INDIE"

Gua petik benda ni dari suratkhabar KOSMO, 25 SEPTEMBER 2010..ya,gua menangis lepas baca benda ni..karya DR CHE ROZMEY.

"Jiwa mereka dirobek,hati mereka diruntun dan perasaan mereka tersentuh dengan 2 Alam yang takut tanpa kata kata,seram tanpa hantu dan ngeri tanpa dialog.


Dengan lakon layar hebat,dialog dan kesan,bunyi mantap menyentak air mata yang memungkinkan mereka pengsan sehingga dipapah keluar panggung

Filem 2 alam yang mengembalikan kegemilangan filem melayu yang hilang 40 tahun lalu adalah wadah perjuangan ku.

Mereka akan berkata DDR dimanakan ku cari ganti serupa denganmu dan serupa dengan 2 alam kerana kau hadir untuk mengangkat martabat industri filem negara.

DDR,kami rakyat Malaysia malu padamu. Malu kerana dari awal lagi tidak bersamamu dan 2 alam yang mahu digagalkan oleh mereka yang tidak memahami perjuangan.

kalau bukan kerana nekad dan hebat pasti dirimu pasti kami tidak dapat merasa nikmat dan hikmah kegemilangan serta kejayaan pecah panggung rm40 juta yang kau cipta bukan untuk namamu tetapi untuk kami rakyat bangsa satu Malaysia yang menjadi kebanggaan dan keterujaan..

DR. CHE ROZMEY,..gua sokong lu..ya!..sentiasa sokong.

hensem tak idola gua?

**

**

**






Thursday, September 23, 2010

Hari Itu Hari Ahad..Sumpah Gua Takkan Lupa.


Gambar gua masa mula mula nak pergi mengajar tahun 1997..


Mak gua sebenarnya baru lepas tune bedak nyonya berdepung kat muka gua siap dengan minyak zaitun kat atas kepala..Sebab tu gua punya hensem sampai bersilau silau..Nampak tak kasut gua tu?..Paling letest..Bapak gua runding harga dekat kedai bata sampai kena tumbuk..Ok yang ni gua tipu..


Dalam beg gua ada botol air bentuk talipon bimbit sekali dengan straw antena boleh ejas..Mak gua isi dengan air milo suam..Ya minuman turun temurun..


Sebelum tu dalam beg gua jugak ada tiga buah buku kotak besar siap dengan kali-kali dekat belakang..Ada pemadam gambar nobita dengan pensel kayu 2B warna hitam jalur kuning, kotak pensel tin nissan skyline satu set dengan pembaris bergerigi.

Pengasah pensil gua simpan sekali dengan gunting dalam poket zip kecik .


Alhamdulillah sekarang gua jadi manusia yang boleh diajak berdakwah..


Oh ya dalam poket kanan gua tu ada duit sekolah seringgit dengan dunhill 20..Lighter gua simpan poket sebelah kiri sekali dengan kunci 125z..Budak sekolah zaman sekarang dalam kocek seluar ada henset dengan mp3 saja..tak real langsung.


p/s:Masa ni gua tak terpengaruh sangat dengan revolusi beg beroda..gua minat beg power rangers saja.

Tuesday, September 21, 2010

Karya Aristotle Yang Paling Romantis

gua bukak ensklopedia,
gua semak karya plato,
gua jumpa haron din,
gua tafsir kitab aristotle,
gua talipon anak beranak james brooke,


gua cuba siasat secara profesional..

apa makna semua ni..

gua harap ni kerja budak-budak art

bukan kerja enjineer.




yang bawah ni orait ke tak orait?.



p/s:..macam macam bau ada,dari bau lemang bawak ke almond london..

Monday, September 20, 2010

Tektik Cepat Kaya Jutawan Muda

Ni dia senarai bisnes yang gua try dari dalam buaian sampai ke tua bangka tapi tak pernah berjaya..


Bisnes cabut uban..Seawal darjah tiga gua dah terjebak dengan bisnes ni setelah pujuk rayu bapak gua.sehelai boleh pergi sampai 5 sen..Paling koman sepagi gua boleh tarik sampai sploh ribu helai..Untung toksah cerita la..Bisnes ni lingkup sebab bapak gua tarah rambut tapak satu...



Bisnes pergi beli kelapa..Yang ni boleh tahan puaka jugak dia punya pulangan..Sekali pergi kedai upah boleh jejak sampai 30 sen...Tapi apakejadah makan santan hari hari,boleh kena darah tinggi woi..Industri beli kelapa parut ni pun jahanam jugak selepas ada makhluk bukak kedai runcit sebelah rumah..Mak gua dah tak pakai khidmat gua..hancur periuk nasik gua..



Industri pungut tin aluminium..Gua try kerja ni dengan falik fitri seusia doblas tahun..Modal dia beg guni saja..Sasaran gua depan kedai mamak..Harga tin tahun 2000 tak lari jauh dengan harga getah..Sekilo mau puluh ribu rupiah jugak..Dan sekali lagi bisnes ni mampos sebab gua beralih ke bisnes cari tembaga..



Sektor tarik tembaga dalam wayar..Gua punya jahanam dulu pantang telekom datang buat kerja,pasti wayar hilang bergulung gulung..Dekat rumah gua tarik tembaga pakai playar sampai kematu tapak tangan..Biji mata pulak sama keras dengan ketul bata..Hardcore habis..Sektor ni pun tak tahan lama..gua surrender sebab penat sampai tak tau nak cerita.



Naik sekolah menengah gua ambik upah salin nota budak tingkatan lima,jual besi basikal,tolong jadi tokan barang budak asrama dan macam macam lagi gua buat..tapi sekarang.


gua try benda ni..


ketagih bukan main..


harap harap tak melingkup..

ni dia gua baru pasang..

amacam..




p/s:kalau gua gagal jugak gua tak ada pilihan lain,terpaksa la jadi model..hurmm..ta suke taw..=(

Sunday, September 19, 2010

Disebalik Tabir Seorang Ustaz

Masa gua kerja ustaz dulu dalam tahun 2006 ada sekali gua balik beraya naik bas.Jam tu gua tak berapa nak "hantu" sangat..Kira alim dan bertawaduk lagi..Tak macam sekarang ni,cukup-cukup lingkup.


Gua naik bas dalam pukul sepuluh malam..sejuk nak mati.Bas pulak pasang aircond pulas sampai habis,terasa macam nak pergi luku kepala drebar pun ada.Nasib baik gua ada experience study madrasah dekat negara alaska dulu.


Dalam bas gua duduk belakang satu kapel melayu "blonde"..Sekalipun hidung kemek, pipi kembung,gigi rongak,tengkuk berdaki tetap berambut "blonde".. nak nampak "amareka" tapi macam haram bukan?..


Baru setengah jam bas berjalan kapel blonde tadi mula main peluk peluk..Ok fine,gua selaku pendakwah bebas that time terus bertindak cemerlang..Gua pasang ayat kursi dekat henset then gua setting betul2 belakang seat kapel tersebut..


Yes gua berjaya,si jantan tadi mula buat-buat korek hidung..


20 minit kemudian..


Kapel blonde tadi langsung tak belajar dari masa lampau..Tetap peluk peluk.malah lebih erat dari sebelumnya.Kali ni gua tarik volume ayat kursi sampai habis...

ya!..tindakan gua sekali lagi efisyen..


Gua terlelap sebab terlampau ekstrem berdakwah,


**


**

Bangun saja tidur kali ni gua nampak benda yang sama..masih lagi peluk peluk..

Ok,kali ni gua handle cara lisan..gua berdehem dehem bagi amaran tok guru..
dalam sunyi sepi gua dengar si jantan bisik pada makwenya..


"tu la sayang,sapa suruh duduk depan mufti"


p/s:..lepas dari kejadian gua dah tak jadi mufti lagi,gua buat kerja kerja kampung saja.




gambar gua berzikir tepi laut ..amacam?

Thursday, September 16, 2010

Nama Nama Pilihan

Nama timangan gua sebelum raya

jie,

aaron aziz,

beckham,

arnold,

stonecold,

*

Nama timbang timbangan gua lepas raya.

bob,

mok,

endut,

boroy,

gondurowo,

debab,

jalil hamid.


ok gua pasrah..lepas ni gua pulun balik buat sixpack jangan menyesal..time tu jangan ada yang nak cuba mintak 2 3 pack dari sixpack gua..

sekali sekala ambik gambar sendiri boleh tahan jugak dia punya feel..ngee~..xoxo...macam haram..

Tuesday, September 14, 2010

Ucapan Aidilfitri Paling Lingkup Gua Pernah Dapat


Raya tahun ni gua tak berapa nak juara dalam main kirim sms raya..Tapi gua dapat banyak jugak sms gred jahanam dari kawan kawan..Banyak banyak sms gua dapat,gua tapis,kemudian gua buat selection sebelum gua publish dekat sini..


Mesej yang pertama ni gua dapat masa gua tengah khusyuk ajar nenek gua balut ketupat..Lan hantar dekat gua. dia test gua dengan pantun pat kerat.

"di hari raya bermain mercun,
bermain mercun di malam raya,
sungguh seronok bermain mercun,
mainlah mercun diwaktu malam!.."

gua ambik setengah jam jugak nak balas pantun dia.

Lagi satu mesej ni gua dapat masa tengah sibuk baca khutbah raya dekat masjid kampung gua.Brad bagi gua mesej paling maut.


Selamat hari raya,ikhlas daripada kami sekeluarga,Hafiz Zaidi dan isteri tersayang,Lisa Surihani serta anak anak.mohon maaf zahir dan batin.raye jempot datang umah!..


**

**

HARAM!.



Sunday, September 5, 2010

Secebis Pelempang Sebelum Senja



Ni dia anak buah gua..
Umur baru 4 tahun tapi perangai konservatif gila.

Tadi dia datang dekat gua..
Suruh gua lukis hantu..
Gua bidas bulan puasa tak ada hantu..
Dia desak gua jugak..


**


**


ok fine gua lukis kat dia gambar hantu..


**


**

settle gua lukis gua tanya dia balik..
"ni hantu apa?"...

*


*

"ni acik(yakni gua)"

jawab dia selamba..


p/s: gua stenby lempang dia ikut gaya akrobatik..

Friday, September 3, 2010

Aidilfitri dan Dunhill


Dah 3 hari gua ada di muar. Gua punya seronok sekarang tak boleh nak cerita,tak payah pikir apa apa.kepala hotak gua betul betul "freedom". Tak payah pikir pasal nak basuh kasut sekolah,tak payah pikir pasal daun pandan,tak payah pikir pasal rantai basikal ataupun apa apa..kosong..dalam kepala gua hanya memikirkan tentang skill terbaru nak celebrate raya..


tet tet

Mak gua hantar mesej pulak..
"hang kat mana tu,beli kat mak serbuk kari daging alagapas sat"..


Dari wetex parade gua gegas balik tanjung.freedom freedom jugak,tapi bab ayah dan ibu ni
memang gua tak berani nak berkonfrontasi..


Sampai kedai gua tongkat kawasaki 1000 cc,gua jalan masuk tak bukak helmet bagi nampak garang.

**

**
Ya tuhan!!!dalam kedai gua nampak jobot,dah dekat 21 tahun gua tak jumpa jobot..dah besar ye kau bot..Gua berlari terkam jobot sambil berlaga pipi lepas tu goyang punggung buat trademark..


Jobot->hoi,apa barang lu datang kedai beli serbuk kari ni.macam betina.


Gua diam sejenak..
dengan senyuman yang konsisten gua balas ..

"Yang lu ni beli dunhill tengah tengah hari ni apakejadah?..puasa lu mana?..

jobot senyum penuh makna...

p/s...selamat hari raya!-gua rasa dah dekat sejuta kali gua ucap dekat blog.


Monday, August 23, 2010

Nostalgia Lebaran


"Lebaran terasa kesayuan
Lebaran takbir bersahutan
Lebaran memuji keagungan
Bergema suara syukuri nikmat Tuhan"



Masa gua darjah dua dulu ada jugak gua main kirim kad raya.Kakak gua beli sedozen kad raya dekat sekolah balik buat bisnes dengan adik beradik.,


Gua angkat sampai tiga keping padahal nak hantar dekat sapa pun gua tak tahu.Gua pilih tiga tiga keping gambar meriam,tak ada satu pun gambar masid.Zaman tu gua mana la konsisten lagi dalam bab bab kerohanian ni.


Selesai urusan jual beli gua terasa macam nak maki diri sendiri pun ada.


Gua ni tulis nama sendiri pun suruh ibu, macam mana nak tulis kad raya..Tindakan gua beli kad raya tadi memang bangang.Kalau suruh orang lain tulis tak nampak asli pulak..Nak jadi hero punya pasal terpaksa la gua buat sendiri..


Gua koyak buku garis satu mukasurat tengah,gua bawak pensil berkepala pemadam,gua suruh kak husna buat "draft",nanti gua nak salin balik..Gua pesan dekat dia tulis yang bernas bernas,jangan merapu,jangan mencarut, dan jangan panjang sangat,gua nak hantar dekat orang tua tua..


Gua salin alamat dekat surat jemputan mesyuarat PIBG ,gua jumpa dalam beg sekolah,

*

*


"Encik Fadzalih Mahmud,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Korok,
Jalan Pegawai,05050,Al0r Setar,Kedah Darul Aman.

Assalamualaikum

Selamat hari raya

pecah kaca pecah gelas,
lepas baca harap balas."

Bila ingat balik,gua rasa macam nak terjun bangunan saja.Malu gila.sanggup gua jual pantun celaka macam tu dekat dia tanpa sebarang rasa bersalah.Gua sendiri tak tahu apa perasaan seorang cikgu tua dapat kad raya gambar meriam buluh dengan pantun haram macam tu.Kalau gua dekat tempat dia gua akan bersara.

p/s: TAHUN TU GURU BESAR GUA TAK BALAS PUN KAD RAYA GUA.LAGI DUA KAD RAYA GUA BAGI IBU DEKAT DAPUR DAN LAGI SATU GUA SIMPAN SEBAB GAMBAR DIA STAIL..LEPAS TU GUA DAH TAK PERNAH HANTAR KAD RAYA KAT SAPA SAPA LAGI SAMPAI LA TAHUN LEPAS GUA ADA BAGI DEKAT CIK DAISY SEKEPING.





gambar gua balik raya tahun lepas.