Pages

Monday, July 12, 2010

kecemerlangan dinasti giant

hari ni gua dengan hantu2 lain dah mula check in masuk sekudai tanpa sebutir pun ilmu didada..dalam kepala semua cerita FIFA..gua dapat bilik sorang sorang belok lama. celaka jugak gua rasa kena tipu,kata nak bagi gua villa ni bagi gua penjara apa cerita.. nak kena choke slam?..gua dapat bilik yang tak ada langsir justeru memungkinkan langsuir datang berziarah acap kali..sebagai alternatif yang lebih rasional gua gantung tuala "kurnia insurans" kaler biru di tingkap atas nawaitu semoga teruna gua lebih terjamin dari langsuir betina yang miang miang belaka..


gua lepas ni nak kerek kerek dengan member gua dari universiti of nottingham kat negeri semilan nuh.. bilik gua boleh buat industri pelancongan seperti taman labah labah,taman lipas afrika, taman cicak berwarna warni,taman serigala dan bermacam macam menatang yang bakal menumpang nanti. gua ingat petang nanti gua nak keluar ke u mall cari bomoh sorang dua suruh pasang pagar. lepas tu boleh la gua beli perkakas deko deko deko sikit...baru menyengat orang kata.

gua,paob,hapiz,pali n bahari tampil keluar seperti yang diramalkan.destinasi bajet gua kali ni adalah giant..dalam teksi drebar potpet potpet ceritalebat dengan gua.. gua layankan saja warga emas macam dia,kalau tak layan nanti merajuk tak ambik gua pulak.. ikutkan hati nak saja gua lurutkan dada dia dengan tapak snickers biar dia sakit jantung sikit.. baru teringat anak bini ye dak?..


giant kat jb ni ada banyak bijik,yang gua dapat tangkap dekat skudai dengan dekat perling,disinilah tempat dimana rakyat malaysia membeli sambil membebel..dulu ada sorang kenalan lama bagi teka teki dekat gua kenapa doremon tak datang malaysia,gua cakap sebab doremon mana penah buat live tour, lepas tu dia cakap salah,sebab kat malaysia ada giant.. kemudian gua lempang dia bertalu talu sambil mengucap panjang.


di giant gua sangat mementingkan elemen rendah diri,menghormati jenama serta mengelak ketaksuban yang melampau lampau..mula mula gua petik setokin 3 pasang..satu untuk gua pakai pi kelas,satu untuk gua main di sepanyol n satu lagi untuk gua main di sekudai.. 3 3 pasang berjenama giant..kemudian gua melirik ayu kearah megi berperisa giant, kaedah saving gua memuncak dengan air mineral berkarbonat brand giant,buku nota istimewa dari giant, serbuk pencuci beraroma giant,minuman coklat pek giant sebelum keadaan menjadi klimaks pabila gua mula merancang strategi menggayakan seluar panjang giant dengan seluar dalam beragama giant.. ahh ini sudah dikira melawan adat...inilah jadinya bila gua berjimat dengan buku panduan ikhlas dari giant..chill~












2 comments:

NARDtheNERD said...

lebat~

eh aku pggl ko lebat takpe kan? hehhe.. brand giant semua kau bedal. hebat ah. =))

CERITA LEBAT said...

kah kah..takda hal..gua memang cekap bab beli belah ni